Friday 1 May 2015

Resepi Mee Kari Kerang Sedap Versi Shikin Hamzah

0


Assalamualaikum wbt.. Hai semua!!

Hari ini SH ingin berkongsi resepi masakan mee iaitu mee kari kerang sedap.Dengar pun dah meleleh air liur kan...Iyalah hidup merantau ni memang kene berdikari.Nak makan kene buat sendiri atau order dengan sesama Malaysian.

Kalau yang jenis anak ramai ni better belajar buat sendiri.Kalau nak order pun boleh tapi kesian dekat anak-anak yang tak puas makan.Betul tak?


Berikut adalah bahan-bahan yang SH guna :-

1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh 
Bawang goreng
Kentang 
Tauhu ( SH takde stok tp SH ganti dengan Soya )
Daun sup dan daun bawang
Cili merah
Telur rebus
Limau kasturi

Bahan-bahan untuk kuah :-

Setengah kilo udang basah (SH tak letak) 
Setengah kilo daging lembu 
Setengah kilo kerang rebus dan dibuang kulit
Setengah cawan udang kering (SH tak letak)
1 paket fishball 
1 paket tauhu
1 sudu besar cili kisar
3 sudu rempah kari dibancuh dengan sedikit air
3 cawan santan 
3 biji buah tomato
1 kiub daging Knorr
Minyak 
Garam

Bahan Kisar (bahan A)

1 inci halia
1/2 inci lengkuas 
5 ulas bawang kecil
3 uls bawang putih

Cara penyediaan kuah :-

Tumiskan bahan A yang telah dikisar sehingga wangi.Masukkan rempah kari dan cili kisar dan daging serta santan.Masak seketika hingga naik minyak.

Masukkan fishball dan tauhu.Jika perlu tambahkan sedikit air lagi untuk lebih kuah.Kacau selalu dan masaklah hingga mendidih.

Bila dah mendidih masukkan kuib daging Knorr,kerang dan tomato.Sesuaikan rasa garam dan gulanya.

Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan hiasan yang lain.

Selamat Mencuba semua :)

Huh dalam menikmati makanan yang sedap SH tak lupa mengambil Phytocol ST untuk kesihatan SH.
Anda tertanya apa yang 'special' sangat Phytocol ST nih.Boleh pm/msg SH ya +97477948302 atau +60199235458 untuk keterangan lanjut.




Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY

0 comments:

Post a Comment