Thursday 30 April 2015

Resepi Donut Gebu

0


Assalamualaikum wbt...

Ok malam ini SH ingin berkongsi tentang makanan kesukaan anak-anak syurga SH.Salah satunya ialah donut gebu.Biasanya kalau mode rajin menjelma SH uli pd tgh malam.Dan bangun pada pukul 3 pagi untuk membuat donut.

Tak susah untuk buat dough donut.SH cuma sediakan bahan-bahan dan campak ke dalam bread maker... :D 
Jika anda ingin menguli pakai tangan pun boleh..


Wednesday 29 April 2015

Jom Shopping Bersama Anggun Zara 30/4

0

Assalamualaikum wbt...

Kali ni entry SH tentang jualan yang akan SH lampirkan.Jika ada yang berminat bolehlah msg/pm/wa SH di talian +60199235458 (Malaysia) atau +97477948302 (Ini bukan no spam ya memandangkan SH tinggal di luar negara iaitu Doha,Qatar) FB SH : Shikin Hamzah atau komen di bahagian bawah untuk sebarang pembelian.Terima Kasih.


Tuesday 28 April 2015

Sunday 26 April 2015

Resepi Mee Kuning Sedap Versi Shikin Hamzah

2


Assalamualaikum wbt...


Hari ini SH ingin kongsikan resepi mee kuning yang sedap.Alhamdulillah anak-anak dan abg MJ gemar sekali.Cara dan aturannya simple tetapi perlukan kesabaran ya...mmg ke'teliti'an untuk membuat mee kuning sedap ni.


Ok bahan-bahan yang diperlukan :-

Air mineral 220ml 
Pewarna kuning    
Telur sebiji          
Garam 3 sudu       
Air kapur 1 sudu  

Bahan-bahan di atas digaulkan bersama.

Kemudian bahan-bahan yang digaulkan dicampur ke dalam tepung gandum...

Tepung Gandum 1 kg


Uli menggunakan KitchenAid stand mixer selama 10 min. (terpulang pada individu kalau guna brand lain pun tak apa)

Kemudian buatkan bulat- bulat dan biarkan selama 45 min.

Setelah itu boleh gelekkan pada mesin yang licin utk mendapatkan ketebalan yang sesuai kemudian gelek dengan bahagian penggelek pasta pula.


Tarraa... inilah hasilnya... SH suka.. Abg MJ suka.. Anak-anak pun suka... Alhamdulillah... 


Kemudian panaskan air sehingga mendidih dan celur sedikit demi sedikit selama 2-3 minit.Keluarkan dan toskan airnya.

Last sekali gaulkan mee kuning dengan sedikit minyak bagi ia tidak melekat.Dan bolehlah simpan di dalam peti selama 4-5 hari.

Selamat mencuba semua :-)

Boleh komen jika anda juga berjaya membuat homemade mee kuning sedap!!


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY



Untuk sebarang pembelian Shaklee bolehlah hubungi SH

Friday 24 April 2015

Wednesday 22 April 2015

Tips Bagaimana Untuk Menggunakan eSell di Blog Si Cantik Manis

0


Assalamualaikum wbt...


Hari ini SH akan memberikan tips bagaimana untuk online ordering atau eSell produk Shaklee di blog Si Cantik Manis.

Alhamdulillah Shaklee telah memperkenalkan eSell ataupun online ordering sistem dan kini anda boleh membuat pembelian hanya online dan dalam talian sahaja.Pembayaran melalui kad kredit atau kad debit anda. Lebih mudah pantas dan selamat. Tidak perlu menghubungi SID jika anda sudah mengetahui apa yang anda perlukan.

Bila anda sudah bersedia untuk membuat pembelian, anda boleh click mana-mana link yang memaparkan produk yang boleh dibeli secara online di blog Si Cantik Manis.

Sijil Halal SHAKLEE 2015

0


Sijil Halal SHAKLEE Yang Dikeluarkan Pada 16 January 2015 :- 


Pengiktirafan Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 



Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY

Thursday 16 April 2015

Mengimbas Kenangan Lalu Qatar Part 1

0

Assalamualaikum wbt..
Hai dan salam ukhwah buat para pembaca yg budiman...

Hari ini SH rasa terpanggil ingin berkongsi cerita dari awal SH berhijrah ke Qatar.Almaklumlah tahun 2015 ini genaplah 7 tahun kami berhijrah ke nagara orang.Banyak aktiviti yang kami sertai sesama Malaysian di Qatar.

Pengalaman Manis mengerjakan Haji 1431H

0


Assalamualaikum wbt...

Pagi ini SH inginkan kongsikan pengalaman SH mengerjakan haji pada tahun 2010.Apa yang menariknya SH dan jemaah Malaysian di Qatar menggunakan jalan darat.Hamlah Ali yang menyediakan transport/hotel/makanan kami sepanjang kami berada di sana.

Kami bermabit di border Saudi

Panduan Mengerjakan Umrah

0


Assalamualaikum wbt..

Cerita tentang tanah arab ni bagi SH yang menyeronokkan sekali dapat jejak kaki ke tanah suci.Ini antara impian SH dari kecil.Bagi SH tempat ini tiada tandingannya dari mana-mana tempat 'gah' di dunia ini.

Bukan perkara mudah atau boleh diambil sambil lewa jika kita menjadi tetamu Allah ni.Antara persiapan SH ketika itu (tahun 2009) ialah memperbanyakkan solat sunat taubat dan solat sunat yang lain.Ini bagi persiapan rohani kita apabila berada di tanah suci.


Masa ini Luqman Hayyan berumur 4 tahun dan Nadhrah Yasmin 2 tahun.

Jalan - Jalan di Abu Dhabi

0


Assalamualaikum wbt..
Hai dan salam sejahtera.

Sambungan dari trip Dubai Part I dan Part II.Kami ke Abu Dhabi pada 19 Disember 2013.Dan malam tu aktiviti kami hanya di hotel.Macam biasa bawa anak-anak mandi di swimming pool dan jakuzi.

Hello Dubai 2013 Part I

0

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini SH kongsikan pengalaman kami ke Dubai mengikuti jalan darat dari Qatar.Sesuatu yang pastinya teruja buat kami yang tinggal di perantauan.Maklumlah biasanya SH drive dari Johor ke Terengganu.Kali ni dari Doha ke Dubai.


Persiapan kami sebelum bergerak ke Dubai.Subuh hari sudah menuju ke Qatar border.Ini bagi mengelakkan jem di sana nanti.


Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam setengah.Dari Qatar border kami perlu lalui 3 proses iaitu

1. kastam akan meminta istimara (roadtax kereta) / surat dari pihak bank (jika kereta masih dlm bayaran lagi) Jika dah habis bayar atau beli kereta cash tak perlu surat bank.Pihak kastam akan berikan kertas kecil utk proses seterusnya.
2. Setiba di kaunter hadapan kastam akan meminta passport dan kertas kecil tadi untuk di cop
3. Jalan terus ke hadapan akan jumpa pihak kastam untuk semakan passport sama ada sudah di cop atau tidak.


Dari Saudi border kami perlu lalui 4 proses iaitu

1. Passport kami perlu di cop untuk perlepasan border
2. Perempuan perlu ke bilik kecil yang di sediakan untuk cap jari dan ambil gambar.
3. Kastam akan check kereta dan penumpang
4. Jalan ke hadapan ke kaunter Tawuniya (nama insurans) untuk membeli insurans sebanyak SR70




Setelah sampai di UAE border kami juga perlu membeli insurans sebanyak AED150.Kami berhenti di stesen minyak untuk membeli Salik (tol berbayar secara automatik) macam touch n go di Malaysia.Cuma bezanya setiap kali kami lalui tol di Dubai tak perlu beratur untuk bayar tol.Ia akan ditolak secara automatik melalui stiker Salik yang di tampal pada cermin kereta hadapan.Unik kan?

Kami tiba di Dubai pada 16 Disember 2013.Hari pertama kami sampai terus check in di Auris Plaza Hotel Al Barsha berhampiran dengan Mall of the Emirates.Tempat ini di antara Dubai Marina dan Downtown Dubai.

 NY dan MH di lobi hotel



Sampai-sampai terus ke swimming pool


Aktiviti hari pertama tak banyak yang kami lakukan.Abg MJ keletihan.Jadi SH mengambil tugas membawa anak-anak makan di Mall of the Emirates.Tempat makan yang kami terjah ialah Pinkberry.Maklumlah SH memang suka makan yogurt ni.hihihi...

Yeayyy finally SH sampai juga Mall of the Emirates sbb SH yang drive sambil tengok GPS

Posing khas buat peminat LV

NY dan pinkberry

MH kene ngurat ngan aweks 





Ok kami enjoyed aktiviti malam hari...Tak sabar tunggu esok...

Selasa 17 Disember 2013 - Aktiviti kami seharian di Dubai Mall.Seawal 10 pagi kami terus beratur untuk dapatkan tiket masuk ke Kidzania Dubai.

Antara koleksi gambar anak-anak SH di Kidzania Dubai

















Meriahkan dalam kidzania ni.Bukan anak je yang excited tapi parents pun happy.

Setelah seharian di Dubai Mall melayan karenah anak-anak SH dan abg MJ mengambil keputusan jalan-jalan di sekitar Burj Khalifa mlm tu sambil makan Garrett popcorn...



Ok kita jumpa lagi di sambungan Dubai Part II ya... 
Terima kasih kerana sudi membaca celetoh SH..

Salam ukhwah,
Shikin Hamzah
Qatar
 
 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH