Monday 9 November 2015

Jom Shopping Bersama Anggun Zara 9 /11

0

Assalamualaikum wbt & hye everyone...

Rasanya dah lama SH tak buka order untuk Anggun Zara.So, kepada yang ingin cuci mata sila lah ya sambil2 tengok mana tahu berkenan bolehlah pm/wa SH ya... 019 923 5458 bagi semenanjung malaysia,sabah dan sarawak.

Bagi di Doha,Qatar +974 7794 8302 

Thursday 5 November 2015

Euro Trip 2015 Frankfurt Germany

0

Assalamualaikum wbt..

Sambungan dari Part 1 - Paris to Luxembourg City to Frankfurt,Germany

Day 2

Kami tiba di Frankfurt,Germany pada jam 9.30 malam dari Luxembourg City.Kami bermalam di sini untuk satu malam.

Tram di hadapan hotel kami

Love my kiddos

Seawal pagi dah jenguk itinerary untuk plan seterusnya

Keesokan hari 31 hb Ogos kami berjalan ke city center,Dom Romer serta ke Romer Square(Euro Tower.)







Sepatutnya lunch kami di Restoran Nur Kuala Lumpur tetapi hari yang kami pergi kebetulan tutup.Jadi kami tukar plan lunch di Thai Snack.. yang penting HALAL...



Dapat juga kami merasa masakan thailand yang halal di sini..

Ok selesai mengisi perut dan berjalan-jalan sekitar bandar Frankfurt kami bertolak ke Cologne jam 1.30 petang.

Sempoi je kan posmen hantar surat naik basikal..

Unik bangunan ni..

Ke mana next?

Cologne!!

Till then..

Bye!!


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Johor Bahru 

dan seluruh Malaysia (melalui pos) 

SMS dan Whatsapp : 019 923 5458 atau +974 7794 8302

Euro Trip 2015 Paris ke Luxembourg City

2

Assalamualaikum wbt 
Hye everyone!!

Seperti yang dijanjikan SH akan kongsikan pengalaman SH berjalan ke Europe pada bulan Ogos baru ini.

Ini pengalaman kami yang ke 3 travel sendiri selepas kembara pertama ke Dubai dan Abu Dhabi diikuti ke Mekah dan Madinah.Apa yang kami dapat dari pengalaman ini amatlah berharga kerana mengajar kami erti hidup dengan bertawakal dan bersangka baik dengan setiap kejadian.

Ok SH nak kongsikan kenapa SH sekeluarga suka travel bersendirian.Di Qatar, SH ada seorang sahabat baik yang telah lama berhijrah dari tanahair.SH suka mendengar perkongsian dari sahabat SH tentang kembara dia sekeluarga.Atas nasihat dan tunjuk ajar sahabat ini SH 'sekepala' dengan pendapat beliau.

Sebenarnya ada pro dan kontra.Ini terpulang pada pendapat masing-masing.Jika kita travel sendiri kita perlu buat itinerary dengan teliti kerana ini percutian korang sendiri.Yang kedua,korang ada masa sendiri jadi tak terikat dengan masa orang lain.Ini sangat penting ya.Jangan menyusahkan orang lain kerana sikap kita.Ini prinsip SH dan abg MJ.Kami tak suka orang menunggu kami.

Sesuai dengan kami yang ada anak ramai.Jadi kalau mengikut agen mungkin bayaran lebih diperlukan.Sudah tentu percutian korang akan menjadi lebih mahal dari bajet asal.Sebenarnya tengok juga target percutian korang samada untuk membeli belah atau lebih suka kepada sejarah tempat yang di kunjungi.

Selain itu,banyak tempat yang korang boleh pergi tanpa mengira waktu.Mungkin kalau dengan agen korang terikat pergi ke satu tempat ke tempat yang lain.Jadi aktiviti kita lebih bebas kalau pergi sendiri.Betul tak?Kalau dari sudut kontra mungkin kita perlukan 2-3 rakan pergi bersama jika ada kecemasan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

SH dan NZ
Luxembourg City

  • Luxembourg atau secara rasminya dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara kedua terkecil di kalangan negara Europe Union dan antara tiga negara yang terkaya di dunia. Taraf hidup di Luxembourg juga sangat tinggi. 

  • Negara Luxembourg di sempadani oleh France, Germany dan Belgium. Ada 3 tempat yang biasa dikunjungi pelancong kalau ke Luxembourg ni iaitu balcony Europe (Chemin de la Corniche), palace (Grand Ducal Palace) dan tugu kat Luxembourg old Quarters and Fortifications.


Paris ke Luxembourg City

Day 1

Kami tiba di CDG Airport dalam pukul 8.40 pagi.Kemudian selesai dari ambil bagasi terus ke tempat kereta sewa di mana kami telah booking dari Doha lagi.Tak jauh dari airport iaitu di Terminal 2F.
Pukul 12.30 tgh hari kami mulakan kembara kami ke Luxembourg City lebih kurang dalam 3 jam 25 min dari Paris.

Sekadar perkongsian, apabila keluar dari Paris korang akan melalui tol.Tol tersebut ada pilihan samada korang nak bayar cash atau kad kredit.Jumlah tol kami Euro 25 (QR4.06 x 25 = QR101.50) menuju ke Luxembourg City.

SH di sebuah perhentian R&R menuju ke Luxembourg City

View sepanjang perjalanan kami

View sepanjang perjalanan kami

View sepanjang perjalanan kami

Di Luxembourg City kami tak banyak berjalan kaki tetapi kami menaiki bas hop-on-hop-off mengelilingi bandar.Sightseeing!!Tiket kami satu family dalam Euro 30 (QR121.80)





Basikal yang disediakan dan perlu masukkan duit syiling untuk menggunakannya.


My happy family... ALHAMDULILLAH

NY di hadapan tugu peringatan 

Koleksi gambar ini je yang dapat SH kongsikan.Maklumlah travel bawa anak-anak jd untuk ambil gambar yang cantik memang tak dapat SH tangkap.Ada sedikit terkilan di situ.Apa pun kenangan kami di sana membuatkan SH senyum sendirian.


Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Ok jumpa nanti di next entry dari Luxembourg City ke Frankfurt Germany...

Salam sayang,
Shikin Hamzah
Doha Qatar

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Johor Bahru 

dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Whatsapp : 019 923 5458 atau +974 7794 8302

Wednesday 4 November 2015

Set Kesuburan Untuk Lelaki

0

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi SH ada menerima satu msg.Bertanyakan tentang set kesuburan lelaki.Wah,tak sangka juga SH dapat msg tersebut.Bila ditanya mana dapat no telefon SH, katanya dari instagram SH.Tu dia...siapa kata orang lelaki tidak peka terhadap kesihatan dieorang kan... Instagram SH (vita_anggunzara)

Apepun SH boleh ikhtiarkan 3 produk ini dari Shaklee iaitu Zinc Complex, Vitamin E dan Omegaguard.

Majalah iShat keluaran Jun 2013 

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok, kelesuan dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

# Mati pucuk
# Pembesaran prostat
# Kelesuan
# Kurang tenaga dan stamina

Fungsi Omegaguard

1. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
2. Mengurangkan keradangan
3. Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Fungsi Vitamin E Complex

1. Antipenuaan
2. Memperbaiki parut
3. Melindungi jantung
4. Memperbaiki arthritis
5. Antioksidan yang kuat
6. Menghalang keguguran
7. Kelestarian seksual dan tenaga
8. Meningkatkan reproduktif dan kesuburan

Fungsi Zinc Complex

Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat.Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser .Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari di bawah pemerhatian rapi perubatan apabila mengalami masalah prostat.

Kebaikan dari ketiga-tiga vitamin ini :-

  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Dapatkan Vitamin E, Omegaguard dan Zinc Complex Shaklee Anda Hari ini.



atau

hubungi SH di no tertera.SH boleh COD sekitar area Johor Bahru,Malaysia dan Doha,Qatar.


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Johor Bahru (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos) 


SMS dan Whatsapp : +60199235458 atau +97477948302

Monday 2 November 2015

Percutian 3hari 2malam di Langkawi,Kedah

0

Assalamualaikum wbt...

Pabila dah pulang ke padang pasir ni fikiran SH merindui saat-saat pulang bercuti ke Malaysia.Yelah mana taknya kan...balik malaya pun bukan lama.Kalau sebut 3 minggu tu macam 3 hari saja di malaya...

Terutama mak dan mak mertua.(Ayah dan ayah mertua SH telah pulang ke rahmatullah)Jadi hanya merekalah tempat SH melepaskan rindu.Rindu pada suasana kampung... suasana hari raya...takbir raya di malaya.. makanan rasmi orang kita.. dan banyak lagi kalau SH nak sebut...

Tahun ini SH sefamily telah memilih percutian ke Langkawi,Kedah.Memang tiap-tiap tahun percutian kami mesti bawa orang tua sekali.Itu memang kewajipan kami untuk menggembirakan mereka.Ya pastinya mereka paling happy berkumpul dengan kami yang setahun sekali pulang ke tanahair..


Apa yang menariknya di sini? Antaranya, tempat ini (Dataran Helang) adalah kenangan mak dan arwah ayah bergambar.Mereka selalu pergi ke Langkawi bersama-sama.

Kami tiba di Kuala Kedah pada waktu pagi.Ini memudahkan kami menaiki feri pada tengahari dan boleh check in apartment pada petang hari nanti.Setiba kami di jeti,kami terus pergi mengambil kereta sewa sebaris food court di situ.

Mulanya agak mengecewakan keadaan kereta sewa yang dijanjikan tidak menepati kepuasan kami.Kami sewa sebuah Innova tetapi stereng kereta tidak berapa stabil.Oleh itu,abg MJ terpaksa berhati-hati memandu sepanjang kami di sana.

Cuma tak pasti samada betul atau tidak khabar angin yang SH dengar.Jika pergi ke Langkawi untuk menyewa kereta di sana, mereka jarang pulangkan deposit kereta kembali.Bukan semua buat begitu mungkin 1-2 kes tapi terpalit cerita begini.

SH dan mak di Muzium Kecil Makam Mahsuri

Antara tempat yang menarik di sini ialah Kompleks Makam Mahsuri.Kompleks Makam Mahsuri terletak 12km dari Pekan Kuah.SH menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga bagi menghayati kisah dan paparan menarik tentang adat dan cara orang di sini menjalani kehidupan seharian.

Kami di dalam replika rumah Kedah

My lovely family

Selain di sini, kami sempat meluangkan masa di Dataran Helang,Muzium 3D Langkawi, Kereta Kabel, Telaga Tujuh,Underwaterworld dan  Pantai Cenang.Ada beberapa tempat yang kami tak sempat singgah kerana masa yang tidak mengizinkan.Almaklum kami membawa ahli keluarga dari pelbagai usia.Dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

InsyaAllah kalau diberi keizinan, Langkawi antara tempat yang akan kami kunjungi lagi.

 Awsome photo

Muzium 3D Langkawi

Makan Laksa Utara di Pantai Cenang

 Underwaterworld Langkawi

Kereta Kabel di Jalan Telaga Tujuh

Love,
Shikin Hamzah 








5 Kebaikan Vitamin C Shaklee

0

Assalamualaikum wbt..

Taraa...promo bulan November 2015 kali ni memang dinantikan oleh semua penggemar vitamin...
SH pun suka.. kulit gebus dan licin.. pastinya Shaklee pilihan kami..

Okaylah SH nak bagitahu apa yang SH boleh kongsikan pada u all kan..

1 biji oren x 7 biji = 1 tab Vit C Shaklee

1 biji oren x 7 biji x 180 tab = Sebotol Sus Vit C

5 Kebaikan Vitamin C

Sebenarnya lebih dari 5 kebaikan vitamin c shaklee ni.Tapi SH highlightkan 5 yang penting bagi pandangan SH.



1. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



2. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.



Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


5. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan.


atau

hubungi SH di no tertera.SH boleh COD sekitar area Johor Bahru,Malaysia dan Doha,Qatar.