Friday 19 June 2015

Resepi Asam Pedas Salmon dan Bendi Yang Sedap

0

Assalamualaikum wbt..

Rasanya sudah beberapa minggu SH tidak dapat bersiaran dalam blog ni.Maklum masa yang begitu terhad dan menempuh Syaaban sebelum ramadhan.SH gigih menggantikan puasa yang masih berbaki lagi.Alhamdulillah selesai sudah puasa qada' SH tahun ini.

Ok entry kali ini SH ingin kongsikan resepi Asam Pedas Salmon dan Bendi.Memang sedap hingga menjilat jari.Terima kasih kepada kak Azie yang menjadi pilihan SH untuk resepi ini.Jom layan gambar dan resepinya.

Thursday 4 June 2015

Set Berpuasa Mighty 3 Gem Yang Ohsem

0


Assalamualaikum wbt..

Ramadhan kian hampir.Pasti ramai di luar sana ingin mencari suplemen yang boleh memberi tenaga dalaman.Untuk ibu yang menyusukan badan, ibu yang mengandung, pesakit gastrik, orang bekerja berat, pelajar, kanak-kanak yang baru belajar puasa dan warga tua, puasa kali ini amatlah mencabar.Tambahan lagi cuaca yang semakin panas.

Jadi, SH ingin perkenalkan Mighty 3 Gem ini kepada pembaca blog Si Cantik Manis.Atau lebih dikenali Set Berpuasa Shaklee.Set ini kekal bertenaga,hidrated dan kekal sepanjang hari kita berpuasa dan dapat melakukan ibadah puasa ini dengan lebih baik.

Wednesday 3 June 2015

Resepi Mee Rebus Haji Wahid

0

Assalamualaikum wbt..

Entry kali ni SH ingin kongsikan resepi Mee Rebus Haji Wahid sumber dari Resepi Orang Kampung.Mee rebus Hj Wahid memang terkenal di Johor Bahru.SH kalau balik bercuti ke tanah air memang tak lepaskan peluang menikmati mee ni.


Alkisahnya Abg MJ teringin nak makan mee rebus ni.Jadi dengan kudrat yang tak berapa nak rajin ni SH gagahkan diri juga menguli mee.Resepi mee kuning ada Klik Di Sini

Tuesday 2 June 2015

Kelebihan Solat Sunat Rawatib

0

Assalamualaikum wbt...


Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT. 

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'. 

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, 

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 

✔ 2 rakaat sebelum Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Maghrib, 
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan 
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Perkongsian buat pembaca Si Cantik Manis :)



Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Monday 1 June 2015

Vitamin C dan E Adalah Untuk Kulit Cantik Gebu

0

Assalamualaikum wbt..

Tahukah anda?

Sekiranya vitamin C dan vitamin E diambil secara konsisten setiap hari, ia sangat membantu anda untuk mendapat kulit muka yang kelihatan muda dan menawan serta mendapat tekstur kulit yg cantik.

Ini kerana vitamin E membantu dalam melambatkan proses penuaan.Manakala vitamin C pula meransang pengeluaran kolagen di samping mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini..

Kedua-dua vitamin ini adalah antioksidan yang membantu melindungi badan dan kulit dari radikal bebas.