Friday 29 May 2015

Performance Drink Minuman Isotonik Pilihan Kami di Bulan Puasa

0

Assalamualaikum wbt...

Minuman Isotonik di Bulan Puasa

20 hari lagi ramadhan akan menjelang tiba.Mesti ibu-ibu di luar sana sibuk memikirkan cara yang berkesan untuk mengajar anak-anak yang berusia 5 hingga 12 tahun berpuasa.Betul tak?Ketika berpuasa kita kehilangan air di dalam badan akibat panas pada siang hari. Jadi kita perlu mengekalkan kadar dehydration pada kadar yang minima. Macam mana nak elak dehydration ni? Jangan risau....

Kenali 7 Jenis Najis Anda

2

Assalamualaikum wbt...

Mungkin setengah orang tak sanggup membicarakan perihal najis ni.Pagi ini SH dapat idea untuk menulis catatan ini setelah SH membaca masalah najis di ABC Health and Wellbeing .. bukan apa ini untuk rujukan SH juga di masa akan datang.

Biasanya time SH nak tahu punca sesuatu bila dah baca SH tak tahu letak mana.Jadi blog adalah salah satu medan penyimpanan artikel yang baik buat SH.Oleh itu boleh juga SH kongsikan buat semua para pembaca Si Cantik Manis.

Kita sedia maklum apa sahaja makanan semuanya sedap dan lazat.Tapi pernahkan anda terfikir apabila anda membuang najis ia mungkin mempunyai mesej untuk anda.

Menurut Gastroenterologi Dr Derwin Williams, najis seseorang boleh mencerminkan tentang kesihatan anda sama ada anda mempunyai tumor usus atau tidak. Tumor usus sering berdarah jadi anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor jika anda melihat najis berdarah.

"Apa yang penting anda perlu laporkan kepada doktor jika najis anda berdarah" kata Williams.


Berdasarkan Bristol Stool Chart, najis kita boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan Bristol Stool Chart kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Ciri-ciri najis yang ideal
1. Berwarna kuning keemasan.
2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
4. Air 80%
5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.

Berikut adalah kelas-kelas najis yang dimaksudkan:

Jenis 1 : Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2 : Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3 : Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4 : Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5 : Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6 : Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7 : Sangat cair, tiada pepejal.

Najis Jenis 1 dan Jenis 2
Sekiranya anda mempunyai najis seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat najis sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab najis itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama najis berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Najis Jenis 3 dan Jenis 4
Seperti juga berat badan, najis juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk najis ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya najis sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis Jenis 5, Jenis 6 dan Jenis 7
Bagaimana pula dengan Jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana iatu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!



Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

9 Laman Web Yang Boleh Dipercayai Tentang Masalah Kesihatan

0

Assalamualaikum wbt...


Hari ini SH ada baca satu info berkaitan Dr Google.Hihihi... Yelah kan zaman sekarang nak tahu info semua tanya di Google aje kan... Bagi SH info tentang 9 laman web yang boleh dipercayai ni bagus untuk rujukan kita semua pada masa akan datang.

Internet di hujung jari...Pelbagai info masakini yang kita nak tahu kan...Jadi kalau nak cari info tentang masalah kesihatan, ada 9 laman web yang boleh dipercayai untuk dijadikan rujukan iaitu

(1) Heath Directhealthdirect.gov.au
Info-info terkini tentang keadaan penyakit, pilihan rawatan, pemakanan, kecergasan, kesihatan wanita

(2) Virtual medical centre: 
myvmc.com
Kesihatan lelaki dan wanita, dan pelbagai animasi 3D dan video dari pakar-pakar dan juga pesakit.

(3) Mayo Clinic: 
mayoclinic.org
Mayo Clinic menarik daripada pengalaman lebih daripada 3000 orang doktor dan ahli sains dalam membawa penyelidikan berasaskan bukti terkini perubatan dan nasihat.

(4) The Natural Health Society: 
health.org.au
Penuh dengan info hidup sihat, pelbagai artikel percuma dan direktori.

(5) Better Health Channel
betterhealth.vic.gov.au
maklumat itu adalah bersifat umum dan sangat jelas.

(6) Beyondblue: 
beyondblue.org.au
Salah satu laman web yang terbaik di internet yang berkaitan dengan isu-isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan gangguan bipolar. Mengandungi senarai semak gejala terkini, penyelidikan kesihatan mental, seksyen kisah benar dan direktori kesihatan mental.

(7) Medline Plus: 
nlm.nih.gov/medlineplus
Medline Plus meliputi ujian klinikal semasa, bahagian kesihatan alternatif, dan kamus perubatan dalam talian. Sebagai bonus, maklumat juga boleh didapati dalam pelbagai bahasa.

(8) ABC Health and Wellbeing: 
abc.net.au/health 

(9) WebMD: 
webmd.com
Laman web kesihatan yang paling popular di internet, WebMD mengandungi pelbagai maklumat yang berguna, termasuk nasihat mengenai pemakanan dan diet, kehamilan, keibubapaan, hubungan, kesihatan mental dan juga kesihatan haiwan kesayangan.

Thanks to nurulaziyana kerana info yang bermanfaat ini. :)

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Monday 25 May 2015

Vivix Untuk Kelihatan Cantik dan Awet Muda

0

Assalamualaikum wbt...

Salam ceria semua!

Hari ni SH ingin kongsikan bersama produk Shaklee yang paling meletup sekali di pasaran iaitu tonic ajaib VIVIX.Customers SH memang gemarkan sirap merah Shaklee ni.Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. 

Vivix merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan suplemen pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

Sunday 24 May 2015

Mimpi Indah

0

Assalamualaikum wbt..


Pernahkah anda bermimpi perkara yang paling indah dalam hidup anda?Sepanjang hidup SH mimpi yang paling indah adalah bertemu dengan arwah ayah.

Dalam mimpi tu SH dan arwah ayah tidak bercakap.Dan arwah ayah tidak melihat SH jugak.Arwah ayah melakukan rutin harian tanpa memperdulikan SH yang memandangnya..

Ajaibnya apabila SH tersedar dari mimpi tersebut SH dapat rasakan kasih sayang ayah mengalir dalam tubuh badan ni.Betapa gembiranya perasaan SH dapat melepaskan rindu berjumpa dengan ayah.

Tetapi SH percaya itu hanya mainan tidur.Mungkin SH terlalu rindukan arwah ayah.Al Fatihah buat arwah ayah SH, Hj Hamzah Bin Hj Mustaffa.Semoga arwah ayah  tergolong dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.Aamiin ya rabb...

Catatan ringkas buat ayahku...

Disetiap keringatmu,
Disetiap lelah nafasmu,
Penuh dengan kasih sayangmu,
Terima kasih ayah...

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Saturday 23 May 2015

Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen?

0

Assalamualaikum wbt.

Kenapa kita perlu ambil suplemen?SH ada jawapan yang tersendiri.Setelah umur meningkat 30 an SH rasa perlu ambil suplemen supaya SH masih bertenaga untuk menguruskan anak-anak dan kelihatan cantik pada mata Abg MJ.Betul tak?

Siapa yang sudah melepasi umur 3 series ni pasti tahu apa perubahan yang ada pada diri mereka.Salah satunya ialah tenaga.Kesihatan adalah tenaga,kecergasan dan kesejahteraan.Anda akan ketahuinya apabila anda melihatnya.Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik.Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

Jadi SH memilih SHAKLEE suplemen yang sudah terbukti berkesan selama lebih 50 tahun.Shaklee adalah suplemen semulajadi selamat,berkesan dan sentiasa mesra alam.

Sentiasa selamat 

#lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun

# menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru

#jaminan dan kesucian

#100% kepuasan dijamin

Sentiasa berkesan

#USD 300 juta dilaburkan dalam R&D

#100 kajian klinika diterbitkan

#55 paten

#54 pingat emas Olimpik yang dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk Shaklee

#Landmark study

Sentiasa mesra alam

#tiada perasa tiruan

#tiada pemanis tiruan

#tiada ujian haiwan

#tiada bahan kimia

#pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksid.

#pembungkusan menggunakan bahan di kitar semula

Kenapa perlu ambil suplemen?

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

3. Buah-buahan  dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat dari pengambilan kafein,gula dan garam berlebihan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan,restoran makanan segera dan sebagainya.

Vivix tonic ajaib adalah pilihan SH

Manfaat Vivix 🌷

🌸 kesihatan jantung
🌸 kesihatan otak
🌸 kesihatan sistem imun
🌸 kesihatan sendi
🌸 perlindungan antioksidan
🌸 peningkatan tenaga pd tahap selular 

🌺 kelebihan - All in one (khasiat semua vitamin dlm satu)

Dalam bentuk cecair sesuai bagi mereka yg susah menelan tablet

😍 pm/whatsapp Shikin Hamzah +974 7794 8302 / +6019 923 5458 💐💐💐


Beruntung kawan-kawan & adik-adik remaja yang join member bulan ini sebab Shaklee kenalkan program YES (Young Entrepreneur System)
Apa yang anda dapat kalau join member bulan ini?
1) Anda layak join program YES 
2) Beli produk YES PACK dapat diskaun 5% Wah banyak tu kan.. Diskaun 5% tu confirm2 dapat bonus next month.
3) Dapat vitalea PERCUMA bernilai RM88.75 (daftar ahli RM69 sahaja bukan balik modal je kan siap untung lagi)
4) Dapat extra bonus dari 10% - 50% (kami pun tak dapat ini tetapi anda layak setiap bulan)
5) Dan yang paling BEST dalam tempoh 13bulan program ini anda naik Master.Shaklee bagi RM10 000 (10K tu adik-adik boleh buat hantaran kahwin ni)
6) Banyak lagi keistimewaan yang anda dapat.. yang best Shikin Hamzah akan bantu dan guide anda yang join bersama saya...

Beli SHAKLEE online dari blog Si Cantik Manis

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Bersyukur Dengan Setiap Apa Yang Kita Miliki

0

Assalamualaikum wbt..


Entry kali ni simple dan SH rasa semua orang perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.SH rasa ingin luahkan kepada semua pembaca blog Si Cantik Manis kerana kerana u all semua SH terus berceloteh.hihihi...

#Syukur kepada Allah kerana SH masih bernafas hingga kini...

#Syukur kerana di kelilingi suami dan anak-anak yang menghiburkan hati...

#Syukur masih dapat berbakti pada ibu dan mertua... 

#Syukur dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan anak...

#Syukur dapat meluangkan masa dengan updated blog setiap hari..

#Syukur dapat pembaca yang sentiasa mengikuti blog Si Cantik Manis...

#Syukur dapat menghadirkan diri pada majlis-majlis ilmu di Qatar...

#Syukur di kelilingi orang yang positif,ingin berjaya dunia & akhirat,sentiasa baiki diri,sayang menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain...

#Syukur dapat jiran yang menyenangkan hati dan bertolak ansur...

#Syukur dapat melihat dan membesarkan anak-anak di depan mata...

#Syukur dapat membantu suami untuk menambahkan income keluarga meskipun SH hanya bekerja dari rumah.Alhamdulillah...

#Syukur kerana di beri amanah dan tanggungjawab membesarkan anak-anak syurga SH seramai 4 orang.Semoga Allah mudahkan segala urusan pembelajaran dan kesihatan anak-anak SH..

#Syukur kerana di kelilingi kawan yang mengambil berat tentang SH sekeluarga.Kawan yang rapat ibarat keluarga sendiri di sini...

#Syukur dipertemukan dengan SHAKLEE antara supplement terbaik buat masa ini.Kami sekeluarga tidak menyesal berhabis beribu-ribu untuk makan makanan supplement ini..

#Syukur mempunyai adik beradik yang banyak membantu SH jika SH perlukan bantuan dari Malaysia..

#Syukur dapat meneruskan larian walaupun sebulan 3kali sahaja berlari...

#Syukur dengan apa yang SH lalui sekarang.Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Jika anda mahukan kebahagiaan, ia bukan tunggu bila kita telah capai sesuatu nanti tetapi ia bermula dari penuh rasa bersyukur dengan setiap apa yang kita telah ada dan capai sekarang. Syukur dan nescaya Dia tambah lagi, Ameen.
Definasi bahagia berbeza-beza bagi setiap manusia.  Namun saya percaya ramai yang rasa bahagia bila mereka mempunyai kekayaan dunia dan kekayaan masa untuk menikmatinya bersama-sama orang tersayang serta boleh menggunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kerana kebahagiaan akhirat itulah yang hakiki. 
- Dato Dr Azizan Osman

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Keajaiban Sedekah

0

Assalamualaikum wbt...


Kisah viral duit di wiper kereta...kalau anda seorang yang percaya dengan keajaiban SEDEKAH, anda tak akan nafikan.Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan merahmati seluruh hidup kita.

Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Ada beberapa cerita SH tentang keajaiban sedekah ini.Kisah pertama baru sahaja berlaku.Setiap pagi SH akan menghantar anak-anak ke sekolah.Dan setiap hari SH akan melalui satu lorong kecil untuk 'shortcut' ke jalan besar.Di lorong inilah setiap pagi akan ada orang yang membersihkan sampah sarap.Kalau yang sudah biasa tinggal di Qatar mereka tahu betapa bersihnya negara kecil ini.Sampai debu-debu pun mereka sapu.

Pagi tu SH terdetik membuka wallet untuk sedekahkan kepada orang yang mengutip sampah di tepi jalan.Sayu hati melihat mereka bekerja di waktu 'summer' ni.Sambil berdoa dalam hati 'Ya Allah Engkau rahmatilah dan luaskan rezeki mereka'.Sekali pada petang itu SH mendapat berita dari anak-anak SH, Luqman dan Yasmin naik stage mengambil sijil 'Star Of The Week'.Walaupun ini di anggap perkara kecil tapi sebagai ibu bapa kita harus memberikan pujian ke atas anak-anak kecil ni dengan usaha mereka.

Kisah lain pula pernahkah terjadi apabila anda membeli sesuatu tetapi telah di bayar oleh seseorang yang anda tidak kenali.Ya banyak kali terjadi kepada SH.Bukan sahaja di sini malah di mana-mana pun.Ya Allah syukur dapat berjumpa dengan orang-orang sebegini.Ada sekali tu SH ingin membeli al quran di Mekah.Ibu dan adik SH ada bersama SH.Kami sama-sama membelek untuk membeli al quran.Apabila tiba di kaunter jurujual memberitahu bahawa ada hamba allah yang sudah bayarkan.Hanya Allah saja tahu perasaan kami ketika itu.

Kisah di tanahair pula, suatu hari itu SH makan di sebuah kedai roti canai.Sambil makan mata SH terpandang seorang buta yang memakai tongkat.Gigih pakcik itu bangun awal untuk meneruskan pekerjaan bagi menyara hidupnya.Sebelum pulang SH pun membayarkan makanan pakcik tadi sambil doakan agar segala urusan pakcik dipermudahkan.

Kisah lain pula, SH ingin membeli air mineral untuk anak-anak SH.Tetapi telah di bayar oleh 'owner' kedai madu (bersebelahan kedai).Mungkin ini dianggap perkara biasa tetapi bagi SH keajaiban bersedekah itu memang nikmat jika kita rasai.Pernah juga apabila SH membuat urusan di bank dengan orang yang ramai tiba-tiba ada hamba allah memberi no giliran kerana ingin pulang segera.Jadi makin mudah urusan SH di bank ketika itu.Datang lambat tapi dapat no 'segera'.

Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang.

Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”


Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Friday 22 May 2015

Kenapa Kita Perlukan Hudud?

0

Assalamualaikum wbt.

Hari ini SH ingin kongsikan video Dr Ahmad Jailani yang sedang berada di Doha ketika ini.Beliau menyampaikan ceramah 'Kenapa Kita Perlukan Hudud?'



Bagi SH apabila menyebut tentang hudud, ada beberapa perkara yang perlu kita fahami seperti apa itu hudud dan apa kedudukan hudud di dalam syariat Islam.

Jadi, apakah itu hukum Hudud? Adakah ia hukuman yang kejam seperti yang disangka?

Para ulama menerangkan hudud sebagai “Satu hukuman yang muqaddar (telah ditentukan seperti kaedah pelaksanaan, jumlah, dan lain-lain) di sisi syarak, ke atas sesuatu maksiat yang dilakukan, tertumpu kepada perkara yang membabitkan hak Allah.

Hudud mengikut Islam adalah hukuman yang menghukum pesalah di dunia bagi meringankan hukuman di akhirat. Bagi yang fikir bahawa hukuman hudud itu kejam perlu memahami bahawa dalam Al-Quran itu sendiri telah menerangkan yang hukuman menanti di akhirat itu lebih perit dari hukuman yang dilaksanakan di dunia.

Tetapi secara logiknya, bukankah sesuatu barang yang dicuri itu boleh dikembalikan semula kepada tuannya? Jadi kenapa perlunya hukuman seperti hudud?

Jika hudud diaplikasikan, hukuman tetap mesti dilaksanakan dan ianya tidak boleh dimaafkan. Apabila laporan suatu jenayah sampai kepada pemerintah, pemerintah wajib melaksanakan hukuman tersebut.


Sabda Rasullah s.a.w:
Saling memaafkanlah di antara kalian, namun jika urusannya telah diangkat kepada pemerintah maka Allah melaknat orang yang memberi syafaat (menyelesaikan tanpa melaksanakan hukuman) dan yang diberi kemaafan.” (Riwayat An-Nasa: no. 4885)

Jenayah hudud ada tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

  • Zina.
  • Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan dengan hukuman yang telah ditetapkan, pihak berkuasa perlulah mencari hukuman yang ringan sebelum melakukan hudud

Oleh itu, Islam bukanlah untuk menghukum manusia. Menghukum adalah jika berlakunya kekejaman, atau rasuah iaitu hanya berlaku sebahagian daripada masyarakat.

Kesimpulannya, hukum hudud adalah untuk menjaga kesejahteraan masyarakat dan pengendaliannya adalah teratur.Segala hukuman bagi hudud akan berbalik kepada bagaimana setimpalnya hukuman ke atas seseorang itu dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

Thursday 21 May 2015

International Day Celebration

0

Assalamualaikum wbt..

Khamis 14 Mei baru ini telah berlansungnya sambutan International Day di sekolah anak-anak SH.Ibu bapa dan anak-anak di wajibkan memakai pakaian dari negara masing-masing.Tentulah SH teruja nak perkenalkan pakaian budaya kita masyarakat Malaysia.

Itulah bila kita pakai nampak biasa sahaja di mata orang kita tapi apabila SH pakai di Qatar ni memang nampak unik dan menarik pakaian kita.Baju kurung dan baju melayu adalah pilihan SH pada petang itu.

Vitamin Pilihan Untuk Anak Cergas dan Pintar

0

Assalamualaikum wbt.
Hai dan salam ukhwah dari blog Si Cantik Manis..

Hari-hari SH kena jawab pertanyaan anak-anak.Ada sahaja soalan yang mereka tanya.Kadang-kadang soalan yang di luar jangkaan.Iyalah kan 4 orang anak macam-macam ragam.Memang meriah kalau di rumah ibarat SH buka nursery.

Alhamdulillah rezeki Allah berikan SH melalui anak-anak.SH ingat lagi kalau masuk pasaraya atau farmasi tempat yang mereka ingin tuju ialah bahagian vitamin.Mereka paling gemarkan vitamin C dan multivitamin.Sebenarnya SH suka beli vitamin pada satu brand sahaja.Maknanya kena konsisten makan vitamin tersebut.Di entry yg lepas Omegaguard Kesukaan Anak Kami SH ada tekankan kebaikan vitamin ni.

Kenapa SH pilih Omegaguard,Vit C Chewable & Vitalea For Children untuk anak-anak SH?Anak-anak SH penggemar vitamin jadi tiada masalah untuk berikan kepada mereka.Selain menguatkan sistem imunisasi badan kita sedia maklum minyak ikan terbaik dunia ni bagus untuk pertumbuhan badan yang sihat dan juga kesihatan otak.

Kesihatan anak-anak juga bertambah baik dan ceria.Mereka jarang batuk dan selsema sejak mengambil 3 vitamin tersebut secara konsisten.Vitamin C Chewable kini sudah di tingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara suplimen vitamin C paling lengkap di pasaran.

Menariknya vitamin ni boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil.Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Rasa sitrus yang hebat 
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
  • Memperbaiki insomnia 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 

Kelebihan Vitalea For Children pula ia 
1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 
2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.
3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.
5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya.
6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.
7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur.

Berminat ingin mengetahui vitamin ini secara lanjut boleh msg/whatsapp SH pada no tertera.

Set Anak Pintar Sihat SHAKLEE -
Chewable Vit C Plus, Vitalea for children, Omegaguard & Meal Shakes


Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH


Mendidik Anak & Rezeki Allah s.w.t

Wednesday 20 May 2015