Friday 29 May 2015

9 Laman Web Yang Boleh Dipercayai Tentang Masalah Kesihatan

0

Assalamualaikum wbt...


Hari ini SH ada baca satu info berkaitan Dr Google.Hihihi... Yelah kan zaman sekarang nak tahu info semua tanya di Google aje kan... Bagi SH info tentang 9 laman web yang boleh dipercayai ni bagus untuk rujukan kita semua pada masa akan datang.

Internet di hujung jari...Pelbagai info masakini yang kita nak tahu kan...Jadi kalau nak cari info tentang masalah kesihatan, ada 9 laman web yang boleh dipercayai untuk dijadikan rujukan iaitu

(1) Heath Directhealthdirect.gov.au
Info-info terkini tentang keadaan penyakit, pilihan rawatan, pemakanan, kecergasan, kesihatan wanita

(2) Virtual medical centre: 
myvmc.com
Kesihatan lelaki dan wanita, dan pelbagai animasi 3D dan video dari pakar-pakar dan juga pesakit.

(3) Mayo Clinic: 
mayoclinic.org
Mayo Clinic menarik daripada pengalaman lebih daripada 3000 orang doktor dan ahli sains dalam membawa penyelidikan berasaskan bukti terkini perubatan dan nasihat.

(4) The Natural Health Society: 
health.org.au
Penuh dengan info hidup sihat, pelbagai artikel percuma dan direktori.

(5) Better Health Channel
betterhealth.vic.gov.au
maklumat itu adalah bersifat umum dan sangat jelas.

(6) Beyondblue: 
beyondblue.org.au
Salah satu laman web yang terbaik di internet yang berkaitan dengan isu-isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan gangguan bipolar. Mengandungi senarai semak gejala terkini, penyelidikan kesihatan mental, seksyen kisah benar dan direktori kesihatan mental.

(7) Medline Plus: 
nlm.nih.gov/medlineplus
Medline Plus meliputi ujian klinikal semasa, bahagian kesihatan alternatif, dan kamus perubatan dalam talian. Sebagai bonus, maklumat juga boleh didapati dalam pelbagai bahasa.

(8) ABC Health and Wellbeing: 
abc.net.au/health 

(9) WebMD: 
webmd.com
Laman web kesihatan yang paling popular di internet, WebMD mengandungi pelbagai maklumat yang berguna, termasuk nasihat mengenai pemakanan dan diet, kehamilan, keibubapaan, hubungan, kesihatan mental dan juga kesihatan haiwan kesayangan.

Thanks to nurulaziyana kerana info yang bermanfaat ini. :)

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment