Friday 22 May 2015

Kenapa Kita Perlukan Hudud?

0

Assalamualaikum wbt.

Hari ini SH ingin kongsikan video Dr Ahmad Jailani yang sedang berada di Doha ketika ini.Beliau menyampaikan ceramah 'Kenapa Kita Perlukan Hudud?'



Bagi SH apabila menyebut tentang hudud, ada beberapa perkara yang perlu kita fahami seperti apa itu hudud dan apa kedudukan hudud di dalam syariat Islam.

Jadi, apakah itu hukum Hudud? Adakah ia hukuman yang kejam seperti yang disangka?

Para ulama menerangkan hudud sebagai “Satu hukuman yang muqaddar (telah ditentukan seperti kaedah pelaksanaan, jumlah, dan lain-lain) di sisi syarak, ke atas sesuatu maksiat yang dilakukan, tertumpu kepada perkara yang membabitkan hak Allah.

Hudud mengikut Islam adalah hukuman yang menghukum pesalah di dunia bagi meringankan hukuman di akhirat. Bagi yang fikir bahawa hukuman hudud itu kejam perlu memahami bahawa dalam Al-Quran itu sendiri telah menerangkan yang hukuman menanti di akhirat itu lebih perit dari hukuman yang dilaksanakan di dunia.

Tetapi secara logiknya, bukankah sesuatu barang yang dicuri itu boleh dikembalikan semula kepada tuannya? Jadi kenapa perlunya hukuman seperti hudud?

Jika hudud diaplikasikan, hukuman tetap mesti dilaksanakan dan ianya tidak boleh dimaafkan. Apabila laporan suatu jenayah sampai kepada pemerintah, pemerintah wajib melaksanakan hukuman tersebut.


Sabda Rasullah s.a.w:
Saling memaafkanlah di antara kalian, namun jika urusannya telah diangkat kepada pemerintah maka Allah melaknat orang yang memberi syafaat (menyelesaikan tanpa melaksanakan hukuman) dan yang diberi kemaafan.” (Riwayat An-Nasa: no. 4885)

Jenayah hudud ada tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

  • Zina.
  • Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan dengan hukuman yang telah ditetapkan, pihak berkuasa perlulah mencari hukuman yang ringan sebelum melakukan hudud

Oleh itu, Islam bukanlah untuk menghukum manusia. Menghukum adalah jika berlakunya kekejaman, atau rasuah iaitu hanya berlaku sebahagian daripada masyarakat.

Kesimpulannya, hukum hudud adalah untuk menjaga kesejahteraan masyarakat dan pengendaliannya adalah teratur.Segala hukuman bagi hudud akan berbalik kepada bagaimana setimpalnya hukuman ke atas seseorang itu dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment