Saturday 23 May 2015

Keajaiban Sedekah

0

Assalamualaikum wbt...


Kisah viral duit di wiper kereta...kalau anda seorang yang percaya dengan keajaiban SEDEKAH, anda tak akan nafikan.Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan merahmati seluruh hidup kita.

Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Ada beberapa cerita SH tentang keajaiban sedekah ini.Kisah pertama baru sahaja berlaku.Setiap pagi SH akan menghantar anak-anak ke sekolah.Dan setiap hari SH akan melalui satu lorong kecil untuk 'shortcut' ke jalan besar.Di lorong inilah setiap pagi akan ada orang yang membersihkan sampah sarap.Kalau yang sudah biasa tinggal di Qatar mereka tahu betapa bersihnya negara kecil ini.Sampai debu-debu pun mereka sapu.

Pagi tu SH terdetik membuka wallet untuk sedekahkan kepada orang yang mengutip sampah di tepi jalan.Sayu hati melihat mereka bekerja di waktu 'summer' ni.Sambil berdoa dalam hati 'Ya Allah Engkau rahmatilah dan luaskan rezeki mereka'.Sekali pada petang itu SH mendapat berita dari anak-anak SH, Luqman dan Yasmin naik stage mengambil sijil 'Star Of The Week'.Walaupun ini di anggap perkara kecil tapi sebagai ibu bapa kita harus memberikan pujian ke atas anak-anak kecil ni dengan usaha mereka.

Kisah lain pula pernahkah terjadi apabila anda membeli sesuatu tetapi telah di bayar oleh seseorang yang anda tidak kenali.Ya banyak kali terjadi kepada SH.Bukan sahaja di sini malah di mana-mana pun.Ya Allah syukur dapat berjumpa dengan orang-orang sebegini.Ada sekali tu SH ingin membeli al quran di Mekah.Ibu dan adik SH ada bersama SH.Kami sama-sama membelek untuk membeli al quran.Apabila tiba di kaunter jurujual memberitahu bahawa ada hamba allah yang sudah bayarkan.Hanya Allah saja tahu perasaan kami ketika itu.

Kisah di tanahair pula, suatu hari itu SH makan di sebuah kedai roti canai.Sambil makan mata SH terpandang seorang buta yang memakai tongkat.Gigih pakcik itu bangun awal untuk meneruskan pekerjaan bagi menyara hidupnya.Sebelum pulang SH pun membayarkan makanan pakcik tadi sambil doakan agar segala urusan pakcik dipermudahkan.

Kisah lain pula, SH ingin membeli air mineral untuk anak-anak SH.Tetapi telah di bayar oleh 'owner' kedai madu (bersebelahan kedai).Mungkin ini dianggap perkara biasa tetapi bagi SH keajaiban bersedekah itu memang nikmat jika kita rasai.Pernah juga apabila SH membuat urusan di bank dengan orang yang ramai tiba-tiba ada hamba allah memberi no giliran kerana ingin pulang segera.Jadi makin mudah urusan SH di bank ketika itu.Datang lambat tapi dapat no 'segera'.

Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang.

Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”


Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment