Tuesday 19 May 2015

Majlis Mengeratkan Silaturrahim Di Doha

0

Assalammualaikum wbt..
Hai dan salam ceria buat semua para pembaca blog Si Cantik Manis...

Kami tiada ikatan tali persaudaraan tapi ukhwah kami seperti kakak dan adik.Aktiviti kami di sini sangat padat dengan keluarga selain dari berkumpul dalam satu-satu majlis.Alhamdulillah dalam sebulan sekali kami dapat berkumpul dan meraikan ulangtahun kawan-kawan di sini.

Selain bertukar pendapat banyak info yang bermanfaat dapat kami kongsikan bersama.Kalau nak tahu mereka ni lah yang mewarnai usrah ibu-ibu di Qatar.Usrah Qatar meliputi di Doha, Wakrah dan Al Khor.Ada juga di tempat-tempat lain tapi jauh bagi kami untuk mengikuti usrah tersebut.


Actually apa yang SH suka bila berjumpa mereka hati berbunga ceria.Kami bebas berbincang hak-hal keagamaan, fashion, kegemaran masing-masing dan sentiasa ceria bersama.Istilah tiada masa untuk kami berbicara perkara negatif.

Ya itulah namanya teman yang di cari.Percaya tak, kalau SH kata kawan-kawan di sekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.

SH dan rakan-rakan di Seri Kebaya sempena ulangtahun kelahiran SH 

Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Ulangtahun kelahiran Kak H bersama rakan-rakan

Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.

Penjual minyak wangi akan memberimu minyak wangi atau engkau akan membeli minyak wangi darinya dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalau pun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak enak. (HR Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

SH bersama rakan-rakan di Holiday Villa Doha sempena majlis ulangtahun Kak R dan Kak Y

 
 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH 

0 comments:

Post a Comment