Sunday 10 May 2015

11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

0


Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya tips dan petua pintu rezeki ini SH perolehi dari artikel Irfan Khairi di Facebook dan blogger Hasrul Hassan..

Apakah 11 petua untuk membolehkan pintu rezeki dibuka seluas-luasnya atas izin Allah S.W.T?


Redha seandainya ada pintu rezeki yang tertutup. Dah elok nak masuk dalam mulut, tetapi terjatuh ke lantai, maka istigfar banyak-banyak, jangan tahu nak komplen dan mengeluh. Anggap sahaja ia bukan rezeki kita. Mungkin pada saat itu, ada kucing atau semut sedang menanti benda yang nak masuk dalam mulut kita jadi itu rezeki mereka. InsyaAllah akan ada tingkap rezeki lain yang terbuka. 

Mencari duit? Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Barulah boleh dapat duit, mana ada cara goyang kaki, kecualilah kalau kerja anda perlu menggoyangkan kaki seperti menjahit baju kurung. Rezeki tidak datang bergolek ye.

Hati kena tenang. Cuba amalkan memaafkan salah dan silap orang lain sebelum tidur setiap malam. Jika ada laman sosial, sebelum tidur cuba anda tulis status meminta maaf dan memaafkan, insyaAllah esok-esok ada rezeki tidak diduga yang Allah berikan.

Lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah. Cara ini juga akan bantu memudahkan anda dalam kerja seharian anda.

Hati tak mahu busuk. Sebagai manusia yang ada agama sebagai pedoman hidup kita perlulah  bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain.InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.

Tunaikan hajat orang lain. Bantu orang lain untuk capai impian dan matlamat mereka. Menerusi blog, anda boleh lakukan untuk tolong dan bantu selesaikan masalah orang - samada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Sedekah dan derma. Jangan lokek untuk bersedekah kepada orang lain. Anda tidak akan jatuh papa kedana atau muflis sebab bersedekah ini.

Apabila buntu berdoalah pada Allah S.W.T. Sholat istikarah adalah salah satu cara untuk memohon pertolongan Allah S.W.T bila kita buntu untuk selesaikan satu-satu masalah. Selepas itu, barulah cari mereka yang dapat membantu anda.

Menunaikan tanggungjawab dan amanah. Apakah tanggungjawab anda sebagai seorang Islam, seorang isteri, seorang suami, seorang anak ... seorang ayah dan ibu, dan apakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang manusia di muka bumi ini? Pastikan anda berniat dan menjalankan tanggungjawab dan amanah itu dengan bersungguh.

Bersikap rendah diri. Jangan bongkak dan takbur dengan apa yang anda ada. Jadilah seorang yang sentiasa rendah diri dan bersyukur kerana ia akan menjadikan anda lebih dihormati dan disanjungi bukan pangkat, harta mahupun gelaran.

Jujur dan telus dengan orang di sekeliling anda. Elakkan diri dari mengambil kesempatan atas kepercayaan yang telah diberikan.

Semoga apa yang di kongsikan dapat membantu anda semua ya para pembaca yang budiman.Kalau rasa kita ni kesempitan dalam rezeki bolehlah mencuba tips di atas.Sama-sama kita berdoa pada Allah untuk diri,ahli keluarga dan saudara dalam islam untuk peroleh kebahagiaan dunia & akhirat.Aamiin...


 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH 

0 comments:

Post a Comment