Sunday, 26 April 2015

Resepi Mee Kuning Sedap Versi Shikin Hamzah

2


Assalamualaikum wbt...


Hari ini SH ingin kongsikan resepi mee kuning yang sedap.Alhamdulillah anak-anak dan abg MJ gemar sekali.Cara dan aturannya simple tetapi perlukan kesabaran ya...mmg ke'teliti'an untuk membuat mee kuning sedap ni.


Ok bahan-bahan yang diperlukan :-

Air mineral 220ml 
Pewarna kuning    
Telur sebiji          
Garam 3 sudu       
Air kapur 1 sudu  

Bahan-bahan di atas digaulkan bersama.

Kemudian bahan-bahan yang digaulkan dicampur ke dalam tepung gandum...

Tepung Gandum 1 kg


Uli menggunakan KitchenAid stand mixer selama 10 min. (terpulang pada individu kalau guna brand lain pun tak apa)

Kemudian buatkan bulat- bulat dan biarkan selama 45 min.

Setelah itu boleh gelekkan pada mesin yang licin utk mendapatkan ketebalan yang sesuai kemudian gelek dengan bahagian penggelek pasta pula.


Tarraa... inilah hasilnya... SH suka.. Abg MJ suka.. Anak-anak pun suka... Alhamdulillah... 


Kemudian panaskan air sehingga mendidih dan celur sedikit demi sedikit selama 2-3 minit.Keluarkan dan toskan airnya.

Last sekali gaulkan mee kuning dengan sedikit minyak bagi ia tidak melekat.Dan bolehlah simpan di dalam peti selama 4-5 hari.

Selamat mencuba semua :-)

Boleh komen jika anda juga berjaya membuat homemade mee kuning sedap!!


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY



Untuk sebarang pembelian Shaklee bolehlah hubungi SH

2 comments:

Norhayati said...

Alhamdulillah...
Terbaik Kin 👍👍👍

Shikin Hamzah said...

Jazakillahu khair Norhayati... :)

Post a Comment