Thursday 16 April 2015

Mengimbas Kenangan Lalu Qatar Part 1

0

Assalamualaikum wbt..
Hai dan salam ukhwah buat para pembaca yg budiman...

Hari ini SH rasa terpanggil ingin berkongsi cerita dari awal SH berhijrah ke Qatar.Almaklumlah tahun 2015 ini genaplah 7 tahun kami berhijrah ke nagara orang.Banyak aktiviti yang kami sertai sesama Malaysian di Qatar.


Kebiasaanya jika ada trip untuk berkonvoi kami akan plan seawal seminggu sebelum bertolak.Kalau ingat kembali apa yang bestnya Qatar ni dalam kepala SH hanya padang pasir..hihihi.. Kira oklah perempuan masih boleh drive di sini.Jadi SH rasa tidak ada sebab untuk 'boring' kan.. 

Tapi point pertama SH berkorban demi suami dan anak-anak kami tinggal bersama di sini.SH tak nak mereka berjauhan.Kasih sayang kami utamakan.SH nekad berhenti kerja walhal SH rasa selesa dah ketika itu.Masa di Malaysia SH juga ada pembantu rumah yang menjaga LH & NY (anak-anak SH 2 org ketika itu)

Dan apabila berhijrah ke sini SH banyak berdikari dan membesarkan anak-anak sendiri di depan mata.Memang niat untuk bekerja kembali membuak-buak tapi Allah berikan SH rezeki melalui anak-anak.Tak di sangka SH mengandung anak yang ketiga apabila baru sahaja sampai di sini. 

SH bersama LH, NY dan Dayana (ank kawan)
Masa ni trip kami ke Utara Qatar

Taraaaa... perkenalkan anak SH no 3 baby H

Cabaran membesarkan anak-anak sendiri tu memang ada.Bantuan abg MJ memang di perlukan.Iyalah kan sokongan seorang suami itu WAJIB... hihihihi... di sini kami tiada saudara mara,ibu dan ayah.. hanya kawan-kawan membantu .. biasanya SH suka buat sendiri.Tetapi jika tak boleh buat sendiri baru SH minta bantuan kawan Malaysian di sini...

Masa pregnant baby H jalan-jalan di MIA (The Museum of Islamic Art)

Kenangan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 di Doha
(Masa ni tengah mabuk lagi...kandungan dalam 3-4 bln)

Dalam kedai Lampe Berger 

Ok cerita SH masa nak dekat bersalin.Ayah SH dapat datang ke Qatar selama sebulan.Ayah mana tak risaukan anak kan.. SH memang paling rapat dengan ayah.Tiap kali ada cerita untuk dikongsikan bersama.Mak SH pula tidak dapat cuti lama.Yelah mak ayah SH ni orang "goverment" Jadi cuti mereka kene plan dari awal.Apepun SH memang excited bila ayah SH datang visit SH di sini.

Ayah SH bersama cucu di Al Ahli Hospital 
(Masa ni temankan SH check up.. dah tak lama nak bersalin)

Abg MJ bawa ayah SH jalan-jalan di Souq Waqif 

Makan di Sri Kebaya Souq Waqif 
(Restoran Malaysia di Qatar)

Abg MJ bawa ayah SH dan LH bermain ATV di Messaied

Ayah SH bergambar kenangan di Westbay
(Qatar masih dalam pembangunan tahun 2009)

Naik gondola di dalam mall
(Villaggio Mall antara mall yang cantik di Qatar)

Ayah SH dah nak balik Malaysia.Cucu-cucu dah sedih.Apakan daya percutian atok sudah berakhir.

Si cilik NY jalan-jalan di corniche 

Gambar kenangan kami berempat di Sri Kebaya Souq Waqif

Taraaa... kami berlima tahun 2009

“Family is the most important thing in the world.”

Alhamdulillah rezeki kami masih di sini.Semoga kami diberikan kelapangan dalam kehidupan untuk membantu orang-orang yang memerlukan terutama anak-anak yatim dan miskin.Rezeki ada di mana-mana jangan pernah berputus asa.Bagi SH 'jauh perjalanan luas pandangan' terpulang pada diri masing-masing.Apapun SH bersyukur di atas kurniaanNYA.

Oklah semoga berjumpa di next entry buat pembaca yang SH hormati.Terima kasih kerana membaca celoteh SH.

Salam ukhwah,
Shikin Hamzah 
Qatar
  
 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH 

0 comments:

Post a Comment