Sunday 26 April 2015

Kelebihan Dan Khasiat buah Avocado

0


Khasiat Avocado


Buah Avocado mungkin tidak se'famous' buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran.

Bagaimanapun buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.

Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek,salad,pencuci mulut dan sup.

Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C,E dan K.Selain itu ia mengandungi antioksida dan potasium untk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre,Brisbane Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolestrol.

Selain itu,buah Avocado kaya dengan vitamin E yang baik untuk mempertahankan proses penuaan dan kanser.Ia juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.Buah ini sesuai sebagai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY

0 comments:

Post a Comment