Friday 24 April 2015

Akhirnya Impian Membawa Orang Tua Dan Mertuaku ke Tanah Suci Terlaksana

0


Assalamualaikum wbt..


Sejak kebelakangan ini rindu betul SH dengan arwah ayah.Hampir setahun lebih arwah ayah meninggalkan ibu dan kami 5 beradik.Tak sangka anak yatim dah SH ni.sob sob...

Kenangan yang paling indah SH tidak boleh lupakan membawa orang tua dan mertua SH mengerjakan umrah bersama pada Mac 2010.Alhamdulillah pemergian SH sekeluarga juga sempena hari kelahiran SH.Mungkin sudah tertulis 31 Mac 2010 SH berada di tanah suci bersama orang-orang tersayang.


Tentulah menjadi satu impian semua orang ingin membawa orang tua mereka mengerjakan umrah dan haji bersama.Allah mendengar rintihan SH.Syukur kerana diberi kesempatan berbakti pada orang tua terutama ayah SH yang banyak berkorban untuk SH.


Ayah memang suka datang melawat SH sekeluarga di Qatar.Seingat SH ayah datang pada tahun 2009,2010 & 2012.Dan sepatutnya bln 12/2013.Itu plan kami untuk mengerjakan umrah bersama kali kedua.Tetapi Allah lebih menyayangi ayah SH.Ayah menghembuskan nafas terakhir pada 13 Mei 2013 akibat serangan jantung disisi emak.


Berbalik semula  kisah umrah kami.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Walaupun dua minggu sebelum hari keberangkatan ke Qatar,kami diuji dengan berita ibu mertua terkena stroke sebelah badan.Itulah dinamakan rezeki dari Allah.Ibu mertua SH mempunyai semangat yang kuat.Dari pakai pampers terus boleh buang air di tandas.Kesungguhan ibu mertua SH untuk kembali sihat dan mengerjakan umrah bersama kedua orang tua SH tercapai.


Dari KLIA hingga ke Qatar mereka datang bertiga.Ayah yang menolak wheel chair ibu mertua SH dan emak membantu apa yang patut.Yes i'am proud to be your daughter!Orang tua SH melayan ibu mertua SH macam sang puteri.Memang tak dapat digambarkan perasaan SH betapa bangga ada emak ayah yang penyayang dan menghormati antara satu sama lain.

Urusan perjalanan umrah kami semuanya diuruskan oleh Mr MJ.Mr MJ pula berurusan dengan Haji Mansor salah seorang Malaysian yang menguruskan umrah di Qatar.Perjalanan kami mengambil masa 24 jam menaiki bas.Apa yang boleh SH huraikan mereka bertiga serasi bersama ketika mengerjakan umrah.Alhamdulillah Allah berikan SH ibu mertua yang baik.

Di ladang kurma

Di bukit pemanah - Jabal Rahmah

Sesuatu yang SH perhatikan pada mereka bertiga ialah keikhlasan.Apabila melakukan sesuatu dengan ikhlas terpancar wajah kegembiraan mereka bertiga.Ya Allah rindunya dengan suasana ini.

Di hadapan kaabah setelah selesai mengerjakan umrah

Hari terakhir di Masjidil Haram sebelum bergerak pulang ke Qatar

Antara aktiviti mak dan ibu mertua di masjidil haram

Di dataran jam besar sekitar Masjid Nabawi Madinah

Aksi abang Hayyan dan Yasmin

Di Jabal Rahmah

Oklah sampai di sini sahaja coretan SH.Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Salam Ceria dari SH
Doha,Qatar
24 April 2015


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY





 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH 

0 comments:

Post a Comment