Thursday 16 April 2015

Hello Dubai 2013 Part I

0

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini SH kongsikan pengalaman kami ke Dubai mengikuti jalan darat dari Qatar.Sesuatu yang pastinya teruja buat kami yang tinggal di perantauan.Maklumlah biasanya SH drive dari Johor ke Terengganu.Kali ni dari Doha ke Dubai.


Persiapan kami sebelum bergerak ke Dubai.Subuh hari sudah menuju ke Qatar border.Ini bagi mengelakkan jem di sana nanti.


Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam setengah.Dari Qatar border kami perlu lalui 3 proses iaitu

1. kastam akan meminta istimara (roadtax kereta) / surat dari pihak bank (jika kereta masih dlm bayaran lagi) Jika dah habis bayar atau beli kereta cash tak perlu surat bank.Pihak kastam akan berikan kertas kecil utk proses seterusnya.
2. Setiba di kaunter hadapan kastam akan meminta passport dan kertas kecil tadi untuk di cop
3. Jalan terus ke hadapan akan jumpa pihak kastam untuk semakan passport sama ada sudah di cop atau tidak.


Dari Saudi border kami perlu lalui 4 proses iaitu

1. Passport kami perlu di cop untuk perlepasan border
2. Perempuan perlu ke bilik kecil yang di sediakan untuk cap jari dan ambil gambar.
3. Kastam akan check kereta dan penumpang
4. Jalan ke hadapan ke kaunter Tawuniya (nama insurans) untuk membeli insurans sebanyak SR70




Setelah sampai di UAE border kami juga perlu membeli insurans sebanyak AED150.Kami berhenti di stesen minyak untuk membeli Salik (tol berbayar secara automatik) macam touch n go di Malaysia.Cuma bezanya setiap kali kami lalui tol di Dubai tak perlu beratur untuk bayar tol.Ia akan ditolak secara automatik melalui stiker Salik yang di tampal pada cermin kereta hadapan.Unik kan?

Kami tiba di Dubai pada 16 Disember 2013.Hari pertama kami sampai terus check in di Auris Plaza Hotel Al Barsha berhampiran dengan Mall of the Emirates.Tempat ini di antara Dubai Marina dan Downtown Dubai.

 NY dan MH di lobi hotel



Sampai-sampai terus ke swimming pool


Aktiviti hari pertama tak banyak yang kami lakukan.Abg MJ keletihan.Jadi SH mengambil tugas membawa anak-anak makan di Mall of the Emirates.Tempat makan yang kami terjah ialah Pinkberry.Maklumlah SH memang suka makan yogurt ni.hihihi...

Yeayyy finally SH sampai juga Mall of the Emirates sbb SH yang drive sambil tengok GPS

Posing khas buat peminat LV

NY dan pinkberry

MH kene ngurat ngan aweks 





Ok kami enjoyed aktiviti malam hari...Tak sabar tunggu esok...

Selasa 17 Disember 2013 - Aktiviti kami seharian di Dubai Mall.Seawal 10 pagi kami terus beratur untuk dapatkan tiket masuk ke Kidzania Dubai.

Antara koleksi gambar anak-anak SH di Kidzania Dubai

















Meriahkan dalam kidzania ni.Bukan anak je yang excited tapi parents pun happy.

Setelah seharian di Dubai Mall melayan karenah anak-anak SH dan abg MJ mengambil keputusan jalan-jalan di sekitar Burj Khalifa mlm tu sambil makan Garrett popcorn...



Ok kita jumpa lagi di sambungan Dubai Part II ya... 
Terima kasih kerana sudi membaca celetoh SH..

Salam ukhwah,
Shikin Hamzah
Qatar
 
 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH 

0 comments:

Post a Comment