Friday 29 May 2015

Kenali 7 Jenis Najis Anda

2

Assalamualaikum wbt...

Mungkin setengah orang tak sanggup membicarakan perihal najis ni.Pagi ini SH dapat idea untuk menulis catatan ini setelah SH membaca masalah najis di ABC Health and Wellbeing .. bukan apa ini untuk rujukan SH juga di masa akan datang.

Biasanya time SH nak tahu punca sesuatu bila dah baca SH tak tahu letak mana.Jadi blog adalah salah satu medan penyimpanan artikel yang baik buat SH.Oleh itu boleh juga SH kongsikan buat semua para pembaca Si Cantik Manis.

Kita sedia maklum apa sahaja makanan semuanya sedap dan lazat.Tapi pernahkan anda terfikir apabila anda membuang najis ia mungkin mempunyai mesej untuk anda.

Menurut Gastroenterologi Dr Derwin Williams, najis seseorang boleh mencerminkan tentang kesihatan anda sama ada anda mempunyai tumor usus atau tidak. Tumor usus sering berdarah jadi anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor jika anda melihat najis berdarah.

"Apa yang penting anda perlu laporkan kepada doktor jika najis anda berdarah" kata Williams.


Berdasarkan Bristol Stool Chart, najis kita boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan Bristol Stool Chart kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Ciri-ciri najis yang ideal
1. Berwarna kuning keemasan.
2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
4. Air 80%
5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.

Berikut adalah kelas-kelas najis yang dimaksudkan:

Jenis 1 : Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2 : Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3 : Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4 : Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5 : Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6 : Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7 : Sangat cair, tiada pepejal.

Najis Jenis 1 dan Jenis 2
Sekiranya anda mempunyai najis seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat najis sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab najis itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama najis berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Najis Jenis 3 dan Jenis 4
Seperti juga berat badan, najis juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk najis ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya najis sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis Jenis 5, Jenis 6 dan Jenis 7
Bagaimana pula dengan Jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana iatu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!



Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

2 comments:

Nor 'Azah said...

Terima kasih atas perkongsian ini

Anonymous said...

Yg no 4 tu kelako.. Just nicee.. ��

Post a Comment