Monday 25 May 2015

Kisah Katak Pekak

0

Assalamualaikum wbt..

Salam ceria semua...
Ada cerita analogi tentang katak pekak bila dikaitkan dengan orang-orang yang berkata negatif.


"Suatu hari ada sekumpulan katak terjatuh ke dalam perigi yang sangat dalam. Cuak lah katak-katak ni kan. Macam mana nak buat ni. Semua katak pun cuba melompat keluar.
Tapi yang tak bestnya, masa katak-katak dalam perigi cuba nak melompat keluar, kawan-kawan katak yang berada di luar perigi bercakap “impossible” lah, “ko tak boleh” lah, “gila ke ko ingat boleh nak keluar, dalam ni”.
Bila katak-katak yang tengah berusaha melompat keluar dengan kawan-kawan diorang cakap gitu, diorang lemah semangat, putus asa, dan terus berhenti mencuba.
Tapi pelik ada seekor katak ni, dia buat tak tahu. Dan selepas beberapa lama dia cuba lompat, alhamdulillah dia berjaya keluar dan membuatkan semua katak kagum.
Bila katak-katak lain tanya dia, ko buat  macam mana? Dia cakap "Ko cakap apa huh? Aku tak dengar"
Wahahaha.
Rupanya selama katak-katak lain duduk memberi kata negatif kepada kawan-kawan diorang, katak yang berjaya keluar ni tak dengar pun. Bila tak dengar, dia fokus dengan goal dia untuk keluar perigi, dan akhirya, dia berjaya!"


Apa yang kita boleh belajar dari kisah katak pekak ni?

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan memang banyak halangan dan ujiannya.

Untuk berjaya kita kena kuat dan tabah,kita kena jadi macam katak yang pekak.

Pelbagai kata-kata negatif yang akan kita terima di sepanjang usaha kita.Kalau kita layan maka habislah semangat kita.Jatuhlah kita sepertimana katak-katak yang gagal tadi.

Jadi nak berjaya biar kita jadi katak pekak.Pedulikan apa kata orang terhadap usaha kita,yang penting kita yakin dengan diri kita sendiri.




 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment