Saturday 23 May 2015

Bersyukur Dengan Setiap Apa Yang Kita Miliki

0

Assalamualaikum wbt..


Entry kali ni simple dan SH rasa semua orang perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.SH rasa ingin luahkan kepada semua pembaca blog Si Cantik Manis kerana kerana u all semua SH terus berceloteh.hihihi...

#Syukur kepada Allah kerana SH masih bernafas hingga kini...

#Syukur kerana di kelilingi suami dan anak-anak yang menghiburkan hati...

#Syukur masih dapat berbakti pada ibu dan mertua... 

#Syukur dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan anak...

#Syukur dapat meluangkan masa dengan updated blog setiap hari..

#Syukur dapat pembaca yang sentiasa mengikuti blog Si Cantik Manis...

#Syukur dapat menghadirkan diri pada majlis-majlis ilmu di Qatar...

#Syukur di kelilingi orang yang positif,ingin berjaya dunia & akhirat,sentiasa baiki diri,sayang menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain...

#Syukur dapat jiran yang menyenangkan hati dan bertolak ansur...

#Syukur dapat melihat dan membesarkan anak-anak di depan mata...

#Syukur dapat membantu suami untuk menambahkan income keluarga meskipun SH hanya bekerja dari rumah.Alhamdulillah...

#Syukur kerana di beri amanah dan tanggungjawab membesarkan anak-anak syurga SH seramai 4 orang.Semoga Allah mudahkan segala urusan pembelajaran dan kesihatan anak-anak SH..

#Syukur kerana di kelilingi kawan yang mengambil berat tentang SH sekeluarga.Kawan yang rapat ibarat keluarga sendiri di sini...

#Syukur dipertemukan dengan SHAKLEE antara supplement terbaik buat masa ini.Kami sekeluarga tidak menyesal berhabis beribu-ribu untuk makan makanan supplement ini..

#Syukur mempunyai adik beradik yang banyak membantu SH jika SH perlukan bantuan dari Malaysia..

#Syukur dapat meneruskan larian walaupun sebulan 3kali sahaja berlari...

#Syukur dengan apa yang SH lalui sekarang.Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Jika anda mahukan kebahagiaan, ia bukan tunggu bila kita telah capai sesuatu nanti tetapi ia bermula dari penuh rasa bersyukur dengan setiap apa yang kita telah ada dan capai sekarang. Syukur dan nescaya Dia tambah lagi, Ameen.
Definasi bahagia berbeza-beza bagi setiap manusia.  Namun saya percaya ramai yang rasa bahagia bila mereka mempunyai kekayaan dunia dan kekayaan masa untuk menikmatinya bersama-sama orang tersayang serta boleh menggunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kerana kebahagiaan akhirat itulah yang hakiki. 
- Dato Dr Azizan Osman

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment