Wednesday 15 April 2015

Larian pertama SH bersama Doha College

0



Assalamualaikum wbt...

Hai semua!

Seingat SH dulu datang ke Qatar berat hanya 48 kg.Memang tak lebih dari 50kg.Sejak SH berhijrah ke sini nafsu makan memang menyelerakan.Bertambah lagi kalori. :p Exercise pun kurang.Yelah kan menu makanan semua sedap-sedap.Duduk rumah mula belajar menu masakan kesukaan Abg MJ dan anak-anak.

Ok ceritanya bermula apabila SH rasa tidak selesa dengan perubahan berat badan SH yang naik mendadak.Yelah kan... dah biasa apabila berjalan ringan je tubuh bila ditiup angin macam nak melayang tapi sekarang angin tolak pun macam kebal gitewww... Rupanya lemak dah tepu dalam tubuh SH.. :(

SH mula berfikir di luar keselesaan.Yelah kan.. nak exercise ni ambil masa jugak.Bisikan syaitan ni memang suka tau kasi manusia malas bertindak.Padahal ini lah salah satu kegiatan riadah yang membuatkan otak kita cergas.


SH nekad dengan 'berjongging' di dalam compound tempat SH tinggal.Mr MJ mmg mengambil berat tentang kesihatan SH.Dia juga yg beri galakkan dan semangat supaya SH beriadah selalu.Ini dapat menghilangkan kegelisahan & kepenatan SH dengan kerja harian.Seronok kan bila orang kuat di belakang kita bagi galakkan dan semangat...

Ok setelah SH yakin yang SH boleh berlari dalam 5KM tanpa henti.. SH pun beranikan diri 'sign up' utk event larian di Doha.

Sedikit latar belakang SH ketika di zaman sekolah.Semasa sekolah rendah kebangsaan Pengkalan Rinting Jb SH memang 'champion' dalam larian 100meter,lompat jauh,lompat tinggi serta aktif dalam bola baling.Kenangan mengambil pingat di stadium larkin apabila di gelar olahragawati SKPR.Mase tu baru sek ren lah kan.. kire bolehlah ko sapu pingat ek SH... huhuhu...

Apabila masuk sek menengah di SIGS Jb SH teruskan juga aktiviti sukan ni dan 'join' badan pancaragam mewakili sekolah & negeri.Jadi point di sini memang SH orang yang aktif sukan dari kecil.Pabila SH berkawin semua aktiviti SH terpaksa dilupakan ...  sob...sob...

Acara pertama SH join larian dengan DOHA COLLEGE 5KM.Dah nama pun kali pertama so memang nervouslah... Alhamdulillah i did it!!!



 
Bangga jadi anak Malaysia

SH tidak keseorang dalam event macam ini.Ramai lagi Malaysian Qatar yang aktif dalam sukan dan yang pastinya u all boleh follow Sukarun tentang aktiviti Malaysian di Qatar... Bagi SH ini adalah salah satu aktiviti sihat.Kena pandai bagikan masa insyaAllah semua perkara boleh berlaku dengan izinNYA...

SH dan rakan Malaysian Qatar #pelaristylo #Sukarun

Rasanya sampai di sini dahulu coretan SH.Terima kasih kerana sudi membaca celoteh SH.InsyaAllah jumpa lagi di entry yang akan datang.. 

Salam Ceria
Shikin Hamzah
Doha Qatar


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY


0 comments:

Post a Comment