Saturday 11 April 2015

Singing Sand Dunes in Qatar

0



Assalamualaikum wbt.. 

Hari ni SH ingin kongsikan salah satu aktiviti kami di Qatar..

Singing Sand Dunes atau lebih dikenali Singing Dunes.Waktu yg sesuai untuk pergi ke tempat ini ialah diantara musim sejuk hala ke musim panas.Tapi bukan musim panas ya kerana bahang matahari di sini boleh cecah sampai 53'C ++...
Dan SH bersama 10 keluarga Malaysian In Qatar telah memilih 'port' yang sesuai utk kami bersantai...


Anak-anak SH pun tak lepaskan peluang untuk bermain bersama kawan-kawan..


Zara sudah mula memanjat bukit pasir bersama abang Hayyan...


Yeayyy abang Hayyan dah sampai ke puncak... 

Bukan senang jugak untuk SH naik ke atas ni.. Guna sehabis tenaga SH untuk naik ke puncak.. Harap dapat bakar lemak SH ni...


Tadaaaaa.... I'm here!!! Semangat memanjat bukit pasir ni tau... 


Yasmin & SH...


Abg MJ & SH

Acara kami lebih kepada santai-santai & aktiviti bebas.Setelah penat memanjat bukit pasir SH turun cari makan pulak.. Heeee.. Peacee!! 


Antara menu potluck SH bawa ialah Nasi Lemak JDT, sambal sotong kering,lamb chops & hotdogs.. Kawan-kawan SH yamg lain ada bawa ikan,hotdogs,daging (untuk BBQ) nasi bukhari,mee goreng,puding cocktail,red velvet,bihun goreng,lempeng ikan bilis,teh O,teh tarik & air sirap.. (Serius dah rase mcm kat Mesia) Mmg happening bab makan-makan di sini...

Bila dah berkumpul ramai-ramai dengan kaum ibu SH suka topik yang dibincangkan.Iaitu mengenai pembesaran anak-anak zaman sekarang.Menarik sekali minat SH untuk berkongsi cerita.Kalau difikirkan bila lagi kami boleh berbual dan bertukar pendapat,jadi di sinilah antara aktiviti kami mengeratkan siraturahim antara kawan-kawan Malaysian di Qatar.


Matahari mula turun...


Bersama kak ita (sweet mama) maintain muda tau kawan ai sorang ni.. 



Last but not least, SH sempat berposing dengan Abg MJ di atas puncak singing dunes ni.Memang berpasir muka kami dek tiupan angin.Alhamdulillah menikmati ciptaan Allah swt.


Salam sayang,
SH
Doha,Qatar


Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY




0 comments:

Post a Comment