Monday 2 November 2015

Percutian 3hari 2malam di Langkawi,Kedah

0

Assalamualaikum wbt...

Pabila dah pulang ke padang pasir ni fikiran SH merindui saat-saat pulang bercuti ke Malaysia.Yelah mana taknya kan...balik malaya pun bukan lama.Kalau sebut 3 minggu tu macam 3 hari saja di malaya...

Terutama mak dan mak mertua.(Ayah dan ayah mertua SH telah pulang ke rahmatullah)Jadi hanya merekalah tempat SH melepaskan rindu.Rindu pada suasana kampung... suasana hari raya...takbir raya di malaya.. makanan rasmi orang kita.. dan banyak lagi kalau SH nak sebut...

Tahun ini SH sefamily telah memilih percutian ke Langkawi,Kedah.Memang tiap-tiap tahun percutian kami mesti bawa orang tua sekali.Itu memang kewajipan kami untuk menggembirakan mereka.Ya pastinya mereka paling happy berkumpul dengan kami yang setahun sekali pulang ke tanahair..


Apa yang menariknya di sini? Antaranya, tempat ini (Dataran Helang) adalah kenangan mak dan arwah ayah bergambar.Mereka selalu pergi ke Langkawi bersama-sama.

Kami tiba di Kuala Kedah pada waktu pagi.Ini memudahkan kami menaiki feri pada tengahari dan boleh check in apartment pada petang hari nanti.Setiba kami di jeti,kami terus pergi mengambil kereta sewa sebaris food court di situ.

Mulanya agak mengecewakan keadaan kereta sewa yang dijanjikan tidak menepati kepuasan kami.Kami sewa sebuah Innova tetapi stereng kereta tidak berapa stabil.Oleh itu,abg MJ terpaksa berhati-hati memandu sepanjang kami di sana.

Cuma tak pasti samada betul atau tidak khabar angin yang SH dengar.Jika pergi ke Langkawi untuk menyewa kereta di sana, mereka jarang pulangkan deposit kereta kembali.Bukan semua buat begitu mungkin 1-2 kes tapi terpalit cerita begini.

SH dan mak di Muzium Kecil Makam Mahsuri

Antara tempat yang menarik di sini ialah Kompleks Makam Mahsuri.Kompleks Makam Mahsuri terletak 12km dari Pekan Kuah.SH menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga bagi menghayati kisah dan paparan menarik tentang adat dan cara orang di sini menjalani kehidupan seharian.

Kami di dalam replika rumah Kedah

My lovely family

Selain di sini, kami sempat meluangkan masa di Dataran Helang,Muzium 3D Langkawi, Kereta Kabel, Telaga Tujuh,Underwaterworld dan  Pantai Cenang.Ada beberapa tempat yang kami tak sempat singgah kerana masa yang tidak mengizinkan.Almaklum kami membawa ahli keluarga dari pelbagai usia.Dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

InsyaAllah kalau diberi keizinan, Langkawi antara tempat yang akan kami kunjungi lagi.

 Awsome photo

Muzium 3D Langkawi

Makan Laksa Utara di Pantai Cenang

 Underwaterworld Langkawi

Kereta Kabel di Jalan Telaga Tujuh

Love,
Shikin Hamzah 








0 comments:

Post a Comment