Thursday 5 November 2015

Euro Trip 2015 Paris ke Luxembourg City

2

Assalamualaikum wbt 
Hye everyone!!

Seperti yang dijanjikan SH akan kongsikan pengalaman SH berjalan ke Europe pada bulan Ogos baru ini.

Ini pengalaman kami yang ke 3 travel sendiri selepas kembara pertama ke Dubai dan Abu Dhabi diikuti ke Mekah dan Madinah.Apa yang kami dapat dari pengalaman ini amatlah berharga kerana mengajar kami erti hidup dengan bertawakal dan bersangka baik dengan setiap kejadian.

Ok SH nak kongsikan kenapa SH sekeluarga suka travel bersendirian.Di Qatar, SH ada seorang sahabat baik yang telah lama berhijrah dari tanahair.SH suka mendengar perkongsian dari sahabat SH tentang kembara dia sekeluarga.Atas nasihat dan tunjuk ajar sahabat ini SH 'sekepala' dengan pendapat beliau.

Sebenarnya ada pro dan kontra.Ini terpulang pada pendapat masing-masing.Jika kita travel sendiri kita perlu buat itinerary dengan teliti kerana ini percutian korang sendiri.Yang kedua,korang ada masa sendiri jadi tak terikat dengan masa orang lain.Ini sangat penting ya.Jangan menyusahkan orang lain kerana sikap kita.Ini prinsip SH dan abg MJ.Kami tak suka orang menunggu kami.

Sesuai dengan kami yang ada anak ramai.Jadi kalau mengikut agen mungkin bayaran lebih diperlukan.Sudah tentu percutian korang akan menjadi lebih mahal dari bajet asal.Sebenarnya tengok juga target percutian korang samada untuk membeli belah atau lebih suka kepada sejarah tempat yang di kunjungi.

Selain itu,banyak tempat yang korang boleh pergi tanpa mengira waktu.Mungkin kalau dengan agen korang terikat pergi ke satu tempat ke tempat yang lain.Jadi aktiviti kita lebih bebas kalau pergi sendiri.Betul tak?Kalau dari sudut kontra mungkin kita perlukan 2-3 rakan pergi bersama jika ada kecemasan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

SH dan NZ
Luxembourg City

  • Luxembourg atau secara rasminya dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara kedua terkecil di kalangan negara Europe Union dan antara tiga negara yang terkaya di dunia. Taraf hidup di Luxembourg juga sangat tinggi. 

  • Negara Luxembourg di sempadani oleh France, Germany dan Belgium. Ada 3 tempat yang biasa dikunjungi pelancong kalau ke Luxembourg ni iaitu balcony Europe (Chemin de la Corniche), palace (Grand Ducal Palace) dan tugu kat Luxembourg old Quarters and Fortifications.


Paris ke Luxembourg City

Day 1

Kami tiba di CDG Airport dalam pukul 8.40 pagi.Kemudian selesai dari ambil bagasi terus ke tempat kereta sewa di mana kami telah booking dari Doha lagi.Tak jauh dari airport iaitu di Terminal 2F.
Pukul 12.30 tgh hari kami mulakan kembara kami ke Luxembourg City lebih kurang dalam 3 jam 25 min dari Paris.

Sekadar perkongsian, apabila keluar dari Paris korang akan melalui tol.Tol tersebut ada pilihan samada korang nak bayar cash atau kad kredit.Jumlah tol kami Euro 25 (QR4.06 x 25 = QR101.50) menuju ke Luxembourg City.

SH di sebuah perhentian R&R menuju ke Luxembourg City

View sepanjang perjalanan kami

View sepanjang perjalanan kami

View sepanjang perjalanan kami

Di Luxembourg City kami tak banyak berjalan kaki tetapi kami menaiki bas hop-on-hop-off mengelilingi bandar.Sightseeing!!Tiket kami satu family dalam Euro 30 (QR121.80)





Basikal yang disediakan dan perlu masukkan duit syiling untuk menggunakannya.


My happy family... ALHAMDULILLAH

NY di hadapan tugu peringatan 

Koleksi gambar ini je yang dapat SH kongsikan.Maklumlah travel bawa anak-anak jd untuk ambil gambar yang cantik memang tak dapat SH tangkap.Ada sedikit terkilan di situ.Apa pun kenangan kami di sana membuatkan SH senyum sendirian.


Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Gambar ehsan dari pakcik google

Ok jumpa nanti di next entry dari Luxembourg City ke Frankfurt Germany...

Salam sayang,
Shikin Hamzah
Doha Qatar

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Johor Bahru 

dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Whatsapp : 019 923 5458 atau +974 7794 8302

2 comments:

Azlinda said...

good sharing..

jemput sertai GA saya, untuk menangi produk Che Ta RYSYA SKINCARE ;)
http://www.azlindaalin.com/2015/10/giveaway-rysya-skincare-cantik-macam.html

Nur Zara’s Blog said...

Tq Azlinda Azman..

Post a Comment