Kami bermabit di border Saudi
Perjalanan kami sampai di border Qatar berjalan lancar dan seterusnya kami perlu melalui border Saudi.Huh di sini ujian pertama kami.Seingat SH lebih dari 12 jam proses untuk kami masuk ke Saudi.Alhamdulillah para jemaah tetap senyum walaupun masing-masing nampak keletihan.
Setelah semuanya selesai kami meneruskan perjalanan.Kami telah memilih R&R pertama untuk menikmati sarapan pagi.SH lupa nama R&R tu...hihihi...
Perjalanan kami diteruskan ke Taif.Seingat SH jika kita menggunakan jalan darat dari Qatar ke Saudi mengambil masa 12 jam - 24 jam.Depends beberapa kali anda berhenti.Jika kurang maka cepatlah sampai ke destinasi.Biasanya kalau berhenti cuma ingin membuang air kecil dan menunaikan solat.
Kami berniat di Miqat (Taif) dan selesai solat sunat ihram
SH dan sebahagian para jemaah Malaysian di Qatar
SH bersama Abg MJ di hadapan Miqat Qarn Al Manazil
Setelah kami berniat dan solat di miqat kami meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.
Ya allah,Mekah adalah negeriMu.Baitullah adalah rumahMu.Aku dtg ke sini utk mencari rahmatMu,mentaatiMu,mengik ut perintahMu krn redha terhadap ketentuanMu & menunaikan perintahMu.
Abg MJ dan Che Mat
Kak Ani, SH, Kak Zu & Kak Norma di hadapan masjidil haram
Antara aktiviti kami di masjidil haram
Sebahagian para jemaah lelaki Malaysian Qatar menunggu van untuk pulang ke hotel
Sempat bergambar pada malam SH dan Kak Ani 'berQIAMULLAIL' sekitar 2 pagi
Sungguh ramai manusia dari pelbagai pelosok negara datang dengan satu tujuan.AllahuAkbar!
Kami supper di Kuddu berdekatan dengan hotel kami
Disekeliling Royal Clock Tower Hotel masih dlm pembinaan
Jemaah wanita Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapore yg menggunakan khidmat Hamlah Ali di Qatar
SH dan roommates - Rindu sama kamu kak Norma, kak Nana & Ct.
Semoga ukhwah yg terjalin hingga ke jannah.
Di hadapan Hotel Sulaimaniah Mekah
Di hadapan hotel kami
Friskies bukan makanan kucing ya.Ini makanan di sana yg kami beli berhampiran hotel kami.hihihi..
Menuju ke khemah di Arafah
Dalam khemah di Arafah
Makanan kami di Arafah 1 portion with 1/2 chicken
Bersama roommates SH
Jiran roommates..hihihi..
Sekitar dalam khemah di Arafah
Bermabit di Muzdalifah
Ya
allah,sebagaimana Engkau himpunkn kami & Engkau perlihatkn kami pd
hari ini,berilah petunjuk kpd kami mengingati & memuji kebesaran
Engkau sebagaimana yg Engkau telah ajarkn kpd kami.
SH berjalan kaki ke jamrat
SH dan Abg MJ berjalan kaki menuju ke jamrat
Jika letih berjalan bolehlah sewa naik ATV ni... cuma sediakn duit sahaja 100 - 200 saudi riyal.
Dari jauh kelihatan khemah Mina
Helikopter utk jemaah VVIP turun melontar
SH di Jamratul Aqabah
Abg MJ yg sedang melontar
Selesai melontar kami menuju pulang ke hotel
Kesian ke haji kecik tu... Macam-macam aksi dari pelbagai negara anda akan jumpa di sini.
Macam-macam gayakan..
Kami singgah minum setelah berjalan kaki dari Mina menuju ke hotel kami di Jabal Nur...
Huh gambar ni paling win sekali.Bukan senang nak naik atas van.Perjalanan yg jauh utk pulang ke hotel kami.Jemaah mula bersesak utk dapatkan kenderaan pulang ke hotel masing-masing.
Khemah di Mina
Jemaah lelaki dalam khemah Mina
Jemaah wanita dalam khemah Mina
Bila di Mina ni SH ingat kejadian kami tidak cukup khemah.Jadi kami dapat bermabit hingga 12 tgh malam.Kemudian kami bersiap-siap untuk pulang ke hotel.
Kami bersiap sedia ingin pulang ke hotel.
Di jamrat
Kenangan yang tidak boleh kami lupakan apabila SH dan Abg MJ di interview oleh stesen
BBC untuk dokumentari haji.
Kami di Safa Tower
Bersama kak zu.. sibuk memilih perfumes utk souviner
Kami di Jabal Uhud
Jabal Uhud
Di pasar kurma Madinah
Tawar-menawar utk membeli kurma
Di Masjid Nabawi Madinah
Masing-masing terpancar wajah kerinduan pd anak-anak yg di tinggalkan di Qatar
Gambar kenangan bersama roommates di hotel madinah sebelum berangkat pulang ke Qatar
Jemaah wanita- Kenangan di menasik haji 2010
Jemaah lelaki - Kenangan di menasik haji 2010
Semoga apa yang SH kongsikan dapatlah manfaat bersama pada yang ingin mengerjakan haji.Syukur alhamdulillah SH mendapat jemputan dari Allah untuk menjadi tetamunya.Di kelilingi kawan-kawan yang menyenangkan dan bertolak ansur.Byk kenangan yg SH tidak boleh lupakan.InsyaAllah semoga berjumpa lagi di entry yg akan datang.wassalam..
Shikin Hamzah
-6hb Nov hingga 22hb Nov 2010-
Syukran jazilan kpd kawan2 yg berkongsi gambar.
Doha, Qatar
Berminat nak iklankan blog anda untuk tugasan menulis review berbayar? Boleh daftar di Advertorial.MY
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH
0 comments:
Post a Comment