Friday, 29 May 2015

6 Sebab Kaya Yang Semua Orang Perlu Ada

0

Assalamualaikum wbt..

SALAHFAHAM TENTANG KEKAYAAN


Bila kita sebut perkataan 'KAYA' apa yang biasanya terbayang dalam kepala?
#kereta mewah 
#rumah mewah
#barang branded
#percutian mewah
.........????

Macamana kalau tak minat benda-benda tu? Tak perlu lah nak jadi kaya kan?Kaya tu sebenarnya sangat luas dan mendalam maksudnya. Kaya tu adalah bila kita BEBAS dan kita mudah untuk dapatkan....

1. KAYA ILMU - sebab kita dah tiada halangan nak menuntut ilmu. ada duit boleh pegi mana-mana seminar, kelas, beli buku ke apa ke, even nak panggil pengajar datang ke tempat kita pun boleh. bayangkan kalau kita nak pergi kelas yang percuma pun kita tak boleh, disebabkan masalah kewangan. mungkin takde duit nak tambang kenderaan dan sebagainya.

2. KAYA KASIH SAYANG - salah satu penyebab keruntuhan rumahtangga di negara kita adalah kerana masalah duit...bila ada masalah dengan duit, hidup kita pun jadi sedikit tertekan.

3. KAYA KESIHATAN - kita boleh sediakan segala macam makanan organik yang bebas bahan kimia. benda-benda organik & natural ni MAHAL sebab tu lah ada timbul telur tiruan, beras tiruan... nak kurangkan kos, alang-alang tu terus jadikan tiruan.Pernah tak baca atau dengar tentang orang-orang sakit yang perlukan wang bulanan beribu-ribu untuk makanan dia... sebab dia sakit dah tak boleh makan makanan biasa... kesihatan ni sgt mahal!

4. KAYA BUDI BAHASA - kita selalu 'dihidangkan' bahawa orang kaya ni sombong, berlagak, macam bagus... cerita melayu selalu ada benda camni kan. hehe. tapi sebenarnya orang yang benar-benar kaya tak ada sebab pun nak berlagak ke menunjuk ke. orang yg berlagak, menunjuk-nunjuk tu sebenarnya tak berapa kaya pun, sebab tu dia kena berlagak. kalau dah kaya buat ape nak berlagak lagi kan?orang kaya lebih suka bersedekah, duit apatah lagi... lebih-lebih lagi sedekah senyuman.

5. KAYA AMALAN - bila dah kaya dengan harta, kita kena selalu jaga hati kita supaya tak tertipu hasutan syaitan... yang selalu cari jalan nak jadikan kita hamba kepada harta. jadi, nak tak nak kita kena kuatkan amalan, rajinkan diri beribadat agar Allah selalu jaga hati kita.tak perlu pun kereta mewah, rumah mewah, bot mewah kan?

6. KAYA JIWA - Islam menyuruh umatnya supaya bersifat memadai dengan apa yang ada dan tidak meminta-minta daripada orang lain.Kekayaan sebenar di sisi Allah Taala bukanlah kaya harta tetapi kaya jiwa seperti orang yang banyak mempunyai ilmu yang diredhai Allah dan beramal pula dengannya.

 
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee boleh hubungi SH

0 comments:

Post a Comment